Posts

Showing posts from September, 2011

Nasyid Anti Dadah 2011 SMK Pulau Nyior [Ar Rasyidin]

Image

Adab Guru Dengan Pelajar

1. Sabar atas kerenah dan kelakuan pelajar. 2. Melazimi sifat lemah lembut dan tidak lekas marah. 3. Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap dan menundukkan kepala. 4. Jangan membesarkan diri atas segala hamba Allah kecuali kepada orang yang zalim dan sombong. 5. Tidak bergurau dan bermain-main dalam perhimpunan ramai. 6. Kasih sayang kepada pelajar dan menganggap mereka sebagai anak sendiri. 7. Tidak marah atas pertanyaan pelajar terutama pelajar yang dungu dan bebal. 8. Jangan malu untuk mengatakan tidak tahu apa bila tidak dapat menjawab sesuatu pertanyaan. 9. Mengamalkan ilmu yang di ajar. 10. Mempunyai kemahiran yang lengkap tentang subjek pengajarannya.

Adab Bersama Guru

Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru. Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut: 1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru. 2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang. 3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu. 4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya. 5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat gur...