Posts

Showing posts from February, 2012

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .

A. Pendahuluan Dalam pemerintahan bercorak feudal bagi masyarakat di negara-negara Asia Tenggara, wujud satu hirarki di bawah pemerintahan seorang raja dan kuasa seorang pembesar wilayah yang sangat jelas. Sistem ini berbentuk piramid iaitu terdapat golongan pemerintah dan yang diperintah. Di Vietnam, masyarakat feudal terdiri daripada maharaja, golongan mandarin (cendekiawan) dan rakyat (petani) , manakala di Thailand diterajui oleh golongan Raja dan Nai dan golongan diperintah iaitu Phrai dan That. 1. Vietnam Masyarakat feudal Vietnam terdiri daripada maharaja di puncak teratas diikuti oleh golongan cendekiawan/pentadbir dan petani. Sistem pemerintahannya merupakan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat. Golongan cendekiawan/pentadbir (mandarin) menduduki lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat. Ini diikuti golongan petani. Dalam masyarakat tradisional Vietnam, taraf pendidikan, ijazah dan jawatan dalam pentadbiran awam serta kuasa merupakan pertimbangan penting. Syar