Nota Pengajian Am 900/1 (Kertas 1): Bab 4 Sistem Pentadbiran Malaysia
– Nota Cikgu Manisah Ahmad Sumber - BERRY REFERENCE (NOTES) Beza antara SU Parlimen, Ketua SU Negara dan SU Kerajaan Negeri SETIAUSAHA PARLIMEN Pelantikan : SU Parlimen dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri(PM). Dipilih daripada kalangan mana-mana ahli Majlis Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara. Perlu angkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri. Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dan boleh dipecat oleh YDPA melalui tribunal. Peranan : Membantu Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan menteri dalam menunaikan tugas dan fungsi mereka agar berjalan lancar. Contoh : Jika PM sibuk dengan tugas negara, SU Parlimen boleh mewakili PM dalam memberi jawapan semasa persidangan bagi hal yang kecil kepada menteri yang bertanya. Memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan dalam hal berkaitan dewan ketika bersidang Bertanggungjawab menguruskan perjalanan persidangan parlimen. Tugas lain : a...