Wednesday, August 17, 2011

Nota Pengajian Am 900/1 (Kertas 1): Bab 4 Sistem Pentadbiran Malaysia

 – Nota Cikgu Manisah Ahmad
Sumber -  BERRY REFERENCE (NOTES)




Jata Negara - Malaysia
Beza antara SU Parlimen, Ketua SU Negara dan SU Kerajaan Negeri
SETIAUSAHA PARLIMEN
Pelantikan :
  • SU Parlimen dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri(PM).
  • Dipilih daripada kalangan mana-mana ahli Majlis Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara.
  • Perlu angkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri.
  • Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dan boleh dipecat oleh YDPA melalui tribunal.
Peranan :
  • Membantu Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan menteri dalam menunaikan tugas dan fungsi mereka agar berjalan lancar.
Contoh:  Jika PM sibuk dengan tugas negara, SU Parlimen boleh mewakili PM dalam memberi jawapan semasa persidangan bagi hal yang kecil kepada menteri yang bertanya.
  • Memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan dalam hal berkaitan dewan ketika bersidang
  • Bertanggungjawab menguruskan perjalanan persidangan parlimen.
  • Tugas lain :
    a. Menghantar notis panggilan untuk memulakan persidangan parlimen.
    b. Menerima dan mengumpul usul @ cadangan @ pertanyaan lisan secara bertulis daripada ahli Parlimen.
    c. Mengeluarkan penyata rasmi (hansard) laporan persidangan.
***Hansard – Merupakan rekod rasmi yang  mengandungi catatan rakaman secara tepat dan sepenuhnya perbahasan yang berlaku dalam sidang parlimen.
KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)
Pelantikan :
  • KSN dilantik oleh YDPA atas nasihat PM.
Peranan :
a. Merupakan Setiausaha Kabinet.
b. Pegawai Perkhidmatan Awam tertinggi di Malaysia.
c. Pegawai pentadbir utama di Jabatan Perdana Menteri ( merancang dan mengawal pelaksanaan program & dasar).
d. Penasihat utama PM.
e. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri (memastikan dasar-dasar kerajaan di setiap peringkat berjalan lancar).
f. Pengerusi Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SUK)
Pelantikan :
- SUK dilantik oleh sultan/ YDN atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Peranan :
a. Ketua pentadbir utama negeri.
b. Ketua perkhidmatan awam negeri.
c. Penasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Penasihat utama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
d. Pengerusi jawatankuasa peringkat negeri untuk penyelarasan antara negeri.
e. Ahli jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

0 comments: