Tema 3: 

1.    Bincangkan peranan kewartawanan dan kesusasteraan dalam gerakan
kesedaran Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

Gerakan kesedaran Melayu dikatakan telah wujud sebelum Perang Dunia Kedua lagi. 
Gerakan kesedaran bermaksud perasaan cinta akan tanah air dan keinginan
membebaskan negara daripada penjajahan British.  Kewartawanan dan kesusasteraan
merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi gerakan kesedaran Melayu.  

Isi

Peranan kewartawanan

Akhbar dan majalah

(a)·Sejak tahun 1906 lagi, golongan berpendidikan agama iaitu Kaum Muda telah
menggunakan akhbar Al-Imam dalam memajukan nasib orang Melayu. 
·Al- Imam menyeru supaya umat Islam beramal dengan amalan yang
diperintah oleh Allah S.W.T. dan Rasulnya pekerjaan dunia dan akhirat. 
·Al-Imam membawa pembaharuan dalam agama Islam, pemikiran politik,
kemajuan ekonomi dan sosial 
·Selain Al-Imam, akhbar-akhbar lain seperti Al-Ikhwan dan Saudara  
·Kaum Tua pula berpegang kuat kepada adat dan agama Islam melalui
penerbitan akhbar mereka iaitu Suara Benar dan Lidah Benar. 
·Mulai 1920an – awal 1930an, akhbar dan majalah lebih menumpukan
kedudukan orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam sistem
ekonomi kolonial British. 
·Antara akhbar yang membangkitkan isu sosioekonomi ialah Majalah Guru 
·Akhir 1930an, akhbar Melayu menumpukan perjuangan secara radikal
terhadap British. 
·Contohnya Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara, Warta Malaya. 
·Kesatuan Melayu Muda telah menggunakan Warta Malaya sebagai wadah
perjuangannya dalam memajukan dan melindungi kepentingan orang Melayu
di Tanah Melayu 

Peranan Kesusasteraan

·Golongan Nasiaonalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan
kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk
memperjuangkan nasib orang Melayu.   
·Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan sebagai hiburan tetapi juga
membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu.   
·Melalui kesusasteraan, golongan nasionalis berusaha menyedarkan
masyarakat Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan kesedaran
untuk memajukan diri dan bersatu padu. 
·Seawal-awal tahun 1900an, Syed Sheikh al-Hadi dalam novelnya yang
terkenal iaitu Hikayat Faridah Hanom memperjuangkan emansipasi wanita
dan pentingnya wanita Islam diberikan kebebasan dan hak yang sama dengan
kaum lelaki, khasnya dalam bidang pendidikan 
23 
·Selain itu, sebuah lagi novel yang bertemakan konsep di atas ialah karya
Iakah Salmah oleh Ahmad Rashid Talu. 
·Antara tahun-tahun 1920an dan 1930an, sikap yang lebih jelas dan berani
menentang pihak penjajah melalui bidang kesusasteraan terjelma dalam
cerpen Ishak Haji Muhammad seperti Rumah Besar Tiang Sebatang. 
·Novel-novel utama yang menyemarakkan lagi sentimen anti-British ini adalah
seperti Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji
Muhammad. 
·Puisi-puisi yang bertemakan semangat kebangsaan disiarkan dalam akhbar
dan majalah. 
·Contohnya, Tenaga Kaum Ku, Rayuan Bangsa Mu, Mempertahankan hak kita
, Melor Kuala Lumpur dan Perwira Melayu karya Harun Aminurrashid. 

Kesimpulan
·Maka jelaslah kewartawanan dan kesusasteraan memainkan peranan penting
dalam menyedarkan masyarakat Melayu  
·Selepas Pendudukan Jepun, kewartawanan semakin mempengaruhi gerakan
nasionalisme Melayu khasnya isu penubuhan Malayan Union. 
·Bahkan, ia juga membawa kepada kelahiran parti Melayu kebangsaan iaitu
UMNO. 

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .