Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Negara Thailand


Pengenalan

– Pada bulan Februari 1942, Jepun telah menyerang dan menawan Sumatera, kemudian Jawa jatuh pada bulan Mac 1942.
– Pendudukan Jepun di Indonesia telah membawa banyak kesan politik, ekonomi dan sosial.
– Negara Thailand tidak pernah dijajah oleh Jepun. Walau bagaimanapun Thailand tetap mengalami kesan pendudukan Jepun.

Isi

Kesan pendudukan Jepun di Indonesia [10m]

Kesan politik
ü  Pendudukan Jepun memperkukuhkan gerakan nasionalisme Indonesia
ü  Mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan
ü  Menjatuhkan maruah Belanda dan menaikkan semangat anti penjajah
ü  Golongan intelektual berpeluang memegang jawatan dalam pentadbiran
ü  Memberi keyakinan diri untuk mentadbir negara sendiri
ü  Jepun membenarkan penubuhan parti politik – PUTERA dan PETA
ü  Menjanjikan kemerdekaan. Peranan tokoh-tokoh nasionalisme seperti Sukarno, Hatta dan Sjahriri.

Kesan ekonomi
Ø  Jepun mengeksploitasi ekonomi Indonesia. Petani jual beras kepada Jepun dengan harga rendah.
Ø  Eksport merosot, Indonesia putus hubungan perdagangan antarabangsa.
Ø  Inflasi akibat pengedaran wang kertas Jepun tidak terkawal dan kekurangan bahan makanan.

Kesan sosial
S  Berlaku kebuluran dan kemerosotan taraf hidup
S  Kesengsaraan kepada petani penduduk

Kesan pendudukan Jepun di Negara Thailand [10m]

Kesan politik
@  Kerajaan Thailand mengamalkan dasar pro-Jepun. Phibun menyokong Jepun dengan kepercayaan Jepun akan menang dalam perang Dunia Kedua.
@  Thailand dapat mengekalkan kemerdekaannya. Wilayah-wilayah yang diserahkan kepada British dan Perancis diperoleh semula oleh Thailand sebagai membalas jasa Thailand membenarkan Jepun menggunakan laluan di negaranya untuk menyerang Tanah Melayu.
@  Laos, Kemboja dan Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand.
@  Thailand mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan Britain. Gerakan Thailand Bebas ditubuhkan oleh Seni Pramoj di Amerika Syarikat untuk menentang Jepun.
@  Pergerakan bawah tanah juga dibentuk dibawah Pridi
@  Phibun Songgram dipaksa meletakkan jawatan.


Kesan ekonomi
! Jepun mengeksploitasikan ekonomi Thailand.
! Keadaan ekonomi semakin merosot dan menyebabkan inflasi.

Kesan sosial
[  Rakyat Thailand menderita dan sengsara
[  Kemusnahan harta benda dan nyawa

Kesimpulan

P Pendudukan Jepun di Indonesia mengukuhkan gerakan kesedaran.
P Menimbulkan keazaman rakyat menentang penjajahan Belanda.
P Pendudukan Jepun di Negara Thailand mengekalkan kemerdekaannya.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AR RASYIDIN

Senarai nama Pelajar Prauniversiti 2011/2012 yg dpt tawarn ke IPTA :