JELASKAN PERANAN KELUARGA BARMAKI DALAM PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH


                Keluarga Barmaki berbangsa Parsi dari Khurasan. Perkataan ‘Barmak’ berasal dari nama datuk mereka yang menjadi penjaga rumah berhala majusi di Balk. Keluarga Barmak, iaitu  Kalid b. Barmak memeluk islam selepas penaklukan Khurasan oleh Qutaibah b. Muslim pada tahun 85 H. Penglibatan Barmak dalam kerajaan Bani Abbasiyah bermula ketika Qutaibah memimpin pasukan tentera di Khurasan dan  keluarga Barmak ini mengekalkan kuasa dan pengaruh mereka di Khurasan hinggalah mereka memainkan peranan dalam kerajaan berkenaan. Latar belakang penubuhan kerajaan Bani Abbasiyah dengan memberi penekanan kepada kepada orang-orang Parsi.
MENGHAPUS PENGARUH PUAK SYIAH
Khalid b. Barmak adalah orang Barmak yang pertama membuat hubungan dengan kerajaan Bani Abbasiyah. Dia dikatakan mempunyai banyak kelebihan. Oleh itu, dia dilantik sebagai ketua Jabatan Al-Kharj dan Jabatan Hal Ehwal Ketenteraan oleh Khalifah Al-Saffah (132-136 H). Khalid Berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam tugasnya. Apabila Abu Salamah Al-Khalali terbunuh, Khalid dilantik sebagai wazir atau menteri. Dia berkhidmat dalam kerajaan Bani Abbasiyah sehingga As-Saffah meninggal dunia.
MENAMATKAN PEMBERONTAKAN YANG BERLAKU PADA AWAL PEMERINTAHAN BANI ABBASIYAH – ABU ABBAS AS-SAFFAH
                Ketika pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansuri (136-158 H), Khalid sebagai menterinya. Akibat perasaan hasad dengki dari menteri yang lain , Khalid dihantar ke Al-Ray (Taheran dan kawasan sekitarnya) sebagai gabenor. Pada tahun 158 H, berlaku pemberontakan di Mausil dan Al-Jazirah (Azabaijan, Armenia dan sekitarnya). Khalid dan anaknya Yahya Berjaya menamatkan pemberontakan tersebut. Selepas itu, Khalid dilantik menjadi gabenor di Mausil dan Yahya dilantik sebagai gabenor sebagai Azarbaijan.
MEMBERI HAK KEPADA HARUN AL RASHID SEBAGAI KHALIFAH
                Khalifah Al-Mahdi (158-169 H) melantik Yahya sebagai wazir dan menyerah anaknya Harun Al-Rashid kepada Yahya untuk dipelihara. Ada riwat menyatakan isteri Yahya telah menyusukan Harun dan dibesarkan bersama-sama anak Yahya. Yahya juga berperanan menaikkan  Harun Al-Rasyid   menjadi khalifah ketika saudara Harun, al-Hadi berusaha untuk menyingkirkan Harun dari jawatan putera mahkota.
MELIBATKAN DIRI DALAM PENTADBIRAN NEGARA
                Semasa pemerintahan  khalifah Harun al-Rashid (170 H), beliau telah melantik Yahya sebagai perdana menteri dan pengurus Baitulmal. Yahya terkenal sebagai pentadbir yang pintar, progresif, dan bijaksana. Oleh itu, anak-anak Yahya juga dilantik oleh khalifah sebagai pegawai-pegawai tinggi kerajaan serta mendapat kepercayaan khalifah. Antara anak-anak Yahya yang terlibat ialah al-Fadl, Jaafar,Musa dan Muhammad. Selepas Yahya bersara, khalifah Harun melantik anak-anaknya, al-Fadl dan Jaafar sebagai wazir. Akhirnya, jawatan wazir hanya di sandang oleh Jaafar sahaja.
PERANAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
                Keluarga Barmaki telah memainkan peranan dalam memberi pelajaran dan mendidik anak-anak khalifah . Contohnya, Yahya b. Khalid telah mendidik Harun al-Rshid sejak kecil sehingga menjadi khalifah. Yahya b. Khalid memainkan peranan penting membangunkan Darul Hikmah.
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KEWANGAN
                Khalid b. Barmak yang dilantik sebagai ketua jabatan AL-Kharaj berjaya mengukuhkan ekonomi dan pendapatan Negara melalui pungutan cukai di daerah-daerah jajahan dan hasil-hasil kerajaan yang lain.
MEMAKMURKAN NEGARA DENGAN PEMBINAAN INFRASTRUKTUR
Al-Fadl menjadi gabenor di Khurasan telah membina masjid (untuk syiar Islam), rumah-rumah kebajikan dan jalan raya.
                Keluarga Barmak memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah selama 17 tahun, khasnya dalam bidang ketenteraan dan kewangan.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM