SOSIO-EKONOMI ARAB JAHILIYYAH


Bincangkan aspek sosio-ekonomi masyarakat arab pada zaman Jahiliyah
Pendahuluan (3 Markah)
1. Definisi jahiliyah ( oleh P.K. Hitti):
  • hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.
  • Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.
2. Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):
  • Bererti bodoh dan sesat
3. Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran):
  • Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
  • Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun
  • Zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
  • Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
4. Era/jangka masa zaman jahiliyah:
  • Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @ peringkat akhir Himyar
  • Sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M
ISI : Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyah (7 isi X 3 markah)
1. Pertanian
  • Selepas keruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
  • Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.
  • Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman.
2. Perdagangan
  • Oleh itu orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan.
  • Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah.
  • Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah
  • Perdagangan dijalankan dalam sistem barter.
  • Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.
3. Rompakan
  • Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy.
  • Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.
( Catatan : Ada pandangan ahli akademik yang tidak menerima merompak sebagai aktiviti ekonomi Arab Jahiliyyah )
4. Penternakan
  • Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri2.
  • Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka.
  • Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
  • Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara golongan yang kaya dengan miskin.
5. Struktur Masyarakat
  • Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
  • Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah.
  • Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah)
  • Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
6. Semangat Assabiyyah
  • Mereka ada perasaan setiakawan @ asabiyah yang sentiasa terjalin rapi.
  • Selalu berlaku peperangan antara kabilah.
  • Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka
  • Peperangan antara mereka sering melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja.
  • Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah.
7. Kedudukan wanita
  • Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat @ keluarga
  • Mereka menanam anak perempuan hidup2 .
  • Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah social dan ekonomi.
8. Akhlak tidak bermoral
  • Mereka berzina, berjudi dan minum arak yang merupakan kebiasaan kepada masyarakat Arab jahiliyah.
9. Akhlak mulia
  • Mereka juga mempunyai sifat terpuji seperti melayan tetamu yang datang walaupun musuhnya, menepati janji dsb.
10. Kedudukan hamba
  • Hamba dipandang hina dan mempunyai status yang terendah dalam kalangan masyarakat .
Kesimpulan:
1. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan kesesatan.
2. Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM