Huraikan Perkembangan Ekonomi Komersil Di Eropah Barat Antara Tahun 1500 Hingga Tahun 1800


A.     PENGENALAN.

Ekonomi komersil didasarkan beberapa aliran perkembangan, iaitu perubahan daripada pertanian sara diri kepada ekonomi pertanian eksport, perdagangan domestik dan perdagangan antarabangsa, industri pembuatan dan perubahan cara pengeluarannya dan akhirnya memuncak dengan munculnya ekonomi kapitalisme. Tahap 1500 hingga 1800 T.M merupakan zaman perkembangan ekonomi yang menyaksikan beberapa faktor yang menggalakkan kelahiran kapitalisme di Eropah. Ia boleh dianggap sebagai zaman peralihan diantara tamatnya ekonomi feudalisme dan munculnya Revolusi industri dan kapitalisme pada tahun 1750 sehingga 1870 T.M

B.    ISI – ISI PENTING.

PERKEMBANGAN EKONOMI KOMERSIL.

1.     Ekonomi komersil bertitik – tolak daripada pemulihan perdagangan di Eropah selatan dan Eropah Utara dan juga proses perbandaran di kedua – dua kawasan pada kurun ke – 12 TM, kegiatan – kegiatan para saudagar Venice, Genoa dan Pisa di Itali Utara dan di Flanders di Eropah Utara.

2.     Proses penjelajahan dan penerokaan pada zaman kurun ke – 15, telah mencetuskan perluasan perdagangan dengan benua Amerika Selatan dan Asia terutamanya orang – orang Sepanyol dan Portugal. Perdagangan setakat itu tertumpu kepada laut Mediterranean telah diperluaskan kepada seluruh dunia. Munculnya pelabuhan – pelabuhan baru seperti Lisbon, Bordeux, Liverpool, Bristol dan Amersterdam. Pertambahan berjenis – jenis barang – barang dagangan. Diikuti dengan pengaliran kekayaan dalam bentuk emas dan perak dari Mexico, Bolivia dan Peru ke Eropah Barat. Para saudagar dapat memperolehi kekayaan dalam bentuk kewangan yang boleh disimpan untuk masa hadapan. Jadi, menggalakkan kelahiran idea tentang pengumpulan kekayaan untuk pelabuhan masa depan untuk tujuan keuntungan serta menggalakkan konsep dan amalan spekulasi dalam pengurusan ekonomi.
3.     Pertumbuhan bilangan penduduk dan perbandaran menggalakkan perkembangan pasaran baru, peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan kemajuan dalam bidang teknologi untuk pertanian. Misalnya dio Flanders, Lembah Sungai Po dan England.

4.     Munculnya institusi – institusi kewangan baru – permulaan konsep dan amalan pinjaman wang untuk perusahaan komersil dan perdagangan – terdapat pusat – pusat kewangan baru seperti Bank of Sweeden  dan Bank Of England dan lain – lain bandar utama di Eropah – memudahkan kegiatan urus niaga kredit dan bil pertukaran ( bil of exchange ) dan penggunaan cek untuk pembayaran. Perubahan mempercepatkan perdagangan di dalam seluruh Eropah dan juga di luar.

5.     Perubahan organisasi dan sistem pengeluaran akibat kemerosotan peranan kraf – guilds yang setakat ini menghalang pertambahan pengeluaran. Munculnya, industri – imdustri baru seperti perlombingan dan industri bulu biri – biri yang mampu mengubah suai dengan keadaan ekonomi baru yang lebih bergantung kepada tenaga buruh upahan. Sistem unit penegeluaran yang berpusat di sesuati kedai yang dimiliki dan dikendalikan oleh sekumpulan saudagar yang biasa dapat sokongan kewangan dari bank – bank dan juga kerajaan – kerajaan.

6.     Wujudnya syarikat – syarikat kewangan yang bukan saja mempunyai hak monopoli perniagaan di suatu tempat tetapi juga hak politik dan pentadbiran penduduk – penduduk tempat itu. Misalnya, Syarikat Hindia Timur British dan Belanda yang muncul pada awal kurun ke – 18 T.M

7.     Sehingga kurun ke – 15 tidak ada sesuatu bentuk kewangan yang seragam di seluruh Eropah. Perkembangan perdagangan dan industri memerlukan suatu sistem kewangan yang lebih stabil dan seragam  untuk memudahkan hal pengendalian ekonomi. Masalah itu diselesaikan dengan mewujudkan sistem ekonomi. Masalah itu diselesaikan dengan mewujudkan sistem kewangan yang standard dan mudah dilaksanakan untuk kepentingan penjualan dan pembelian.

8.     Perkembangan ekonomi komersil juga dipengaruhi oleh doktrin merkantalisme : Mercantalisme menegaskan prinsip campurtangan pihak kerajaan dalam hal perdagangan demi kepentingan meningkatkan kemajuan nasional dan kewibawaan kerajaan dalam lingkungan politik. Objektif kerajaan haruslah memperluaskan kegiatan pembuatan industri, perdagangan serta memperkuatkan kedudukan perbendaharaan negara. Merkantalisme sebagai ideologi ekonomi berkembang cepat selepas kemerosotan ekonomi feudal dan munculnya monarki – monarki di Eropah Barat. Pengaruh merkantalisme adalah jelas pada kurun ke – 17 apablia soal perdagangan sering berbangkit semasa perundigan diplomasi. Pihak kerajaan juga menjadi pelindung kepada kepentingan perdagangan dengan berperang dengan negara lain atau isu ekonomi atau memberi hak – hak monopoli kepada syarikat berpiagam.

9.     Perkembangan ekonomi komersil membawa kepada kewujudan revolusi industri dan kapitalisme industri di Eropah barat.


C.    KESIMPULAN.

Perkembangan ekonomi  pada abad ke 15 – 1800 Masihi menjadi pelantar kepada perkembangan ekonomi masa kini.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM