Huraikan Peranan Golongan Pembesar dalam Sistem Sosial zaman Tokugawa dan zaman Manchu pada abad ke 19


Pengenalan
Sistem pembesar di Asia Timur seperti Jepun dan China jelas membuktikan bahawa kedua-dua negara tersebut masih mengamalkan sistem feudal pada abad ke 19. Sistem pembesar di kedua-dua negara berkenaan melibatkan golongan pembesar dan bawahan iaitu rakyat biasa.

Isi
Di Jepun, Shogun Tokugawa memainkan peranan yang penting dalam sistem beraja di Jepun kerana pembesar inilah yang sebenarnya mengambil alih pemerintahan di Jepun. Shogun in pula mempunyai beberapa lapisan dalam sistem sosialnya. Paling atas sekali ialah Shogun yang yang menguasai pemerintahan. Shogun ini pula dibantu oleh golongan Daimyo yang setia kepada shogun untuk memperkukuhkan kedudukan Shogun.

Golongan Daimyo terbahagi kepada dua golongan iaitu Daimyo Fudai yang sangat setia kepada Shogun kerana mereka ini mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Tokugawa. Biasanya golongan ini diletakkan ditempat yang strategik dan penting. Sementara satu lagi golongan Daimyo dikenali sebagai daimyo Tozama. Mereka ini biasanya diletakkan di kawasanyang berjauhan. Daimyo Tozama juga tidak dibenarkan mengumpul harta kerana dibimbangi akan memberi saingan kepada Shogun.

Kebiasaan Daimyo-daimyo ini menguasai perladangan dan estet dan mereka ini disokong oleh Samurai. Golongan Daimyo ini mempunayai kekuasaan sepenuhnya ke atas wilayah yang didudukinya. Bagi mengelakkan ancaman daripada golongan Daimyo, mereka ini dipaksa tinggal di Yedo selama empat hingga enam bulan berjauhan dengan keluarga yang dianggap sebagai tebusan melalui sistem yang dikenali sebagai Sankin Kotai. Melalui "Law for the militar House" Shogun Iyeyasu telah menentukan had jumlah ketenteraan dan melarang golongan ini mengadakan pakatan antara mereka. Jika mereka ingkar, tanah atau wilayah yang mereka diduduki akan dirampas dan diletakkan di bawah Shogun

Dalam sistem sosial zaman Tokugawa, terdapat juga golongan petani, pertukangan dan saudagar. Golongan petani tarafnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan kelas pertukangan dan saudagar.

Di negeri China pula, sistem sosialnya dibahagikan kepada maharaja, golongan bangsawan, golongan terpelajar, golongan tani, golongan pertukangan, peniaga, dan golongan askar. Maharaja menduduki tempat yang teratas yang mempunyai kuasa autokrat dan menggubal undang-undang. Di bawah raja merupakan golongan bangsawan. Mereka ini mempunyai wilayah mereka yang tersendiri dan berkuasa mentadbir di wilayah tersebut. Golongan inilah yang memainkan peranan penting ke arah kestabilan pemerintahan Dinasti Manchu. Golongan ini juga ada yang disebut sebagai hulubalang yang mempunyai anggota tentera yang khusus dalam mengekalkan kestabilan pemerintahan Dinasti Manchu. Golongan ini jugalah yang bangun memberontak menentang kerajaan pusat seperti yang berlaku semasa kematian Yuan Shih Kai. Golongan hulubalang ini telah mengistiharkan kemerdekaan wilayah masing-masing dan bersaing sesama sendiri dalam merebut kawasan dan kekuasaan

Kesimpulan
Peranan pembesar di China dan Jepun jelas menunjukkan bagaimana golongan pembesar ini mempengaruhi perjalanan politik sesebuah negara itu kerana mereka ini merupakan golongan terpenting membantu raja dalam mengekalkan keamanan. Golongan Shogun mampu mentadbir negara Jepun sehingga menjadikan maharaja Jepun sebagai boneka manakala di China golongan pembesarnya yang bebas memerintah wilayah telah membawa padah apabila ada kalangan pembesar cuba membebaskan diri daripada kerajaan pusat

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM