HURAIKAN SISTEM MASYARAKAT FEUDAL DI NEGARA CHINA DAN JEPUN SEBELUM KEDATANGAN BARAT


PENGENALAN
v  Masyarakat china dan jepun bersifat feudal iaitu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu2 tertentu bukan oleh kerajaan pusat.
v  Strukturnya berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
v  Masyarakat china terdiri daripada lima kelas selepas maharaja dan pembesar iaitu sarjana, petani, tukang mahir, saudagar, rakyat biasa.
v  Masyarakat zaman tokugawa terdiri daripada daimyo, samurai, petani, dan saudagar.

MASYARAKAT FEUDAL DI CHINA
v  Maharaja
§  Mempunyai kuasa mutlak keatas pemerintahan,negara,rakyat dan tanah.
§  Dianggap sebagai “anak syurga” yang mendapat mandat dari tuhan untuk memerintah
§  Maharaja dipertanggungjawabkan sebarang malapetaka alam yang berlaku
§  Kegagalan maharaja untuk melindungi rakyat bermakna maharaja telah hilang mandat memerintah dari tuhan

v  Golongan pemerintah
§  Ialah bangsawan dan pembesar
§  Mareka ditauliahkan kuasa pemerintah wilayah oleh maharaja.
§  Maharaja juga menganugerahkan tanah kepada bangsawan dan pembesar

¥  Golongan sarjana (terpelajar)
§  Mempunyai darjat paling tinggi
§  Dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam
§  Peperiksaan ini diperkenalkan sejak dinasti han dan mempunyai 4 tahap iaitu peperiksaan bandar, peperiksaan wilayah, peperiksaan istana(dilakukan oleh maharaja)
§  Bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam kerajaan
§  Lulus – anak kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting
¥  Petani
§  Merupakan golongan ke 2
§  80%(petani) betanggungjawab mengeluarkan makanan
§  Menentukan kemampuan di dalam negara yang serba mencukupi
¥  Tukang2 mahir
§  Menduduki golongan ke 3
¥  Golongan saudagar
§  Menjalankan dasar tutup pintu yang anti perdagangan
§  Kegiatan perdagangan dianggap sebagai pekerjaan hina
¥  Askar
§  Merupakan golongan paling bawah kedudukannya
§  Terdiri daripada banduan yang dijatuhi hukuman

MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
v  Maharaja
§  Sebagai simbol perpaduan
§  Kuasa terletak pada shogun tokugawa dan daimyo
§  Dikurniakan tanah daripada bahagian tengah  dan utara Honshu
§  Daimyo tozama  musuh shogun terdiri daripada suku-suku barat seperti satsuma, chosu, toza, hisen
§  Shogum  melucutkan jawatan kerajaan mereka di Yedo dan melarang mereka memasuki istana maharaja di Kyoto
¥  Samurai (kelas panglima)
§  Mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat
§  Memelihara kepentingan daimyo
§  Kadang2 dikehendaki mempertahankan negara
§  Mereka tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan yang lain
¥  Petani
§  Menduduki tempat tertinggi dalam kalangan rakyat biasa
§  Mengeluarkan beras untuk masyarakat jepun
§  Mereka membayar sebahagian besar cukai
¥  Tukang2 mahir
§  Membuat pedang dan alat2 lain yang berguna
§  Mereka diber penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat
¥  Kelas perdagangan
§  Dipandang rendah dan tidak dibenarkan mobiliti sosial
§  Mereka berjaya memperbaiki status dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang

KESIMPULAN
v  Dalam masyarakat china dan jepun pembahagian golongan dibuat mengikut pekerjaan
v  Di jepun setiap golongan tidak dibenarkan menukar pekerjaan mereka
v  Mobiliti sosial tidak berlaku kerana pekerjaan diwarisi
v  Zaman tokugawa menyebabkan pedagang semakin berpengaruh kerana berjaya mengumpul wang dan harta
v  Di china mobiliti sosial dapat berlaku melalui peperiksaan awam.
v  Anak2 petani yang lulus peperiksaan awam mempunyai peluang dilantik sebagai pegawai kerajaan di peringkat jajahan, wilayah, istana

Comments

jieha zain said…
tak boleh nak copy pon . nak print la . nak guna study . hehe

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM