Asas kekuatan ekonomi yang menjadi penyumbang kepada keunggulan Empayar Rom dari zaman Republik hingga kurun ke-2 Masihi


Jelaskan asas kekuatan ekonomi yang menjadi penyumbang kepada keunggulan empayar Rom dari zaman Republik hingga kurun ke2-Masihi
Pegenalan
Rom telah berjaya mewujudkan sebuah empayar yang luasnya terbentang dari persisiran Levantine, Asia Minor di bahagian timur, seluruh Lautan Meditteranean, Afrika Utara di bahagian selatan, Sepanyol, Gaul dan Britain di bahagian utara empayarnya. Kewujudan empayar yang begitu meluas telah menjadikan ibu kota Rom, berperanan sebagai pusat ekonomi, pentadbiran dan politik seluruh empayar. Pada zaman republik dan zaman empayar yang bermula dengan pemerintahan Maharaja Octavius ekonomi Rom telah berubah daripada ekonomi tradisional yang bersifat sara din' kepada ekonomi komersial dan kapitalisme yang melibatkan pelbagai ban.gsa yang hidup di dalam empayar. Perubahan itu telah menyumbang kepada kemakmuran empayar yang memuncak pada kurun pertama TM. Hakikat bahawa ernpayar Rom terus wujud sehingga kurun ke-5 TM. Adalah berasaskan kekuatan ekonominya.
Isi penting
1.      Antara kurun ke-3 dan ke-2 SM. Rom sebagai negara kota telah menjadi sebuah pusat empayar selepas berjaya menakluki seluruh semenanjung Itali dan akibat Perang Punic menguasai seluruh Lautan Meditterranean. Dengan tanah jajahan yang begitu meluas corak pertanian Rom telah berubah daripada sistem sara diri kepada sistem pertanian komersial. Tanaman tanaman komersial dan eksport seperti pokok anggur dan pokok zaitun dipentingkan dengan munculnya perladangan besar yang dikenali sebagai Latifundia. Kedua-dua jenis tanaman merupakan asas perkembangan industri wain dan minyak yang dieksport ke seluruh empayar. Saiz perladangan itu adalah seluas 200-300 ekar yang dikerjakan oleh tenaga hamba abdi yang didapati melalui penaklukan dan perang. Pada peringkat awal latifundia bertumpu di Itali tetapi kemudiannya diperluaskan ke Sepanyol, Gaul, Afrika Utara, Noricum, Rhaetia dan Britain. Adalah jelas bahawa dalam politik Rom fahaman ketenteraan (militerisme) pada zaman republik merupakan suatu alai pendesak untuk pengumpulan modal ekonomi untuk menjamin kekuatan ekonominya.
2. Di samping golongan aristokrat yang terlibat dalam hal pengurusan Senat, ekonomi komersial telah memberi asas kepada munculnya golongan borjuis yang dikenali Equites atau Equestor Ordo. Golongan ini melibatkan diri dalarn pelbagai usaha kapitalistik sama ada pertanian, pembinaan, perdagangan atau, pengurusan kewangan. Ahli-ahli golongan ini bukan saja terdiri daripada rakyat Rorn atau Itali tetapi juga orang-orang atasan di peringkat wilayah-wiiayah empayar Rom.
3.  Perdagangan domestik kian berkembang mulai kurun ke-2 SM hasil daripada kejayaan meoghapuskan lanun . Penghapusan cukai laluaa telab berjaya mengembangkan perdagangan Rom mengimport biji-bijirin dari Pulau Sicily dan perak dari lombong-lombong Andalusia di Sepanyol. Para pedagang terdiri daripada pelbagai bangsa. Perdagangan Mediterranean diuruskan oleh saudagar Yunani dan Phonesia. Saudagar ltali membina pasaran baru di Pulau Delos, Gaul dan wilayah Danube.
4.  Kecekapan orang-orang Rom datam pengurusan kewangan termasuk organisasi perbankan dan penubuhan organisasi perkongsian (partnership) untuk menjana sumber kewangan untuk menguruskan perniagaan. Sistem mata wang yang seragam telah membantu memudahkan organisasi perbankan.
5.  Wujudnya suatu sistem pemasaran yang Was yang merangkumi seluruh empayar. Rakyat Rom dan Itali yang berpindah ke wilayah-wilayah empayar bukan saja mewujudkan pasaran tempatan tetapi juga mengembangkan pengkhususan ekonomi da.ri segi perkilangan dan pengeluaran. Dengan itu ekonomi wilayah terjalin rapat dengan ibu kota Rom.
6.      Kekuatan ekonomi memuncak pada zaman Pax Romana. Kestabilan politik dan keamanan di dalam empayar merupakan asas keselamatan dan kebebasan pergerakan ekonomi. Sistem pengangkutan dan komunikasi dibaiki. Wujudnya suatu rangkaian jalan raya yang menghubungkan Rom dengan wilayah-wilayahnya. Maharaja­Maharaja pada peringkat awal zaman empayar menggalakkan perkembangan ekonomi. Dalam perlaksanaan dasar luar ha1-hal ekonomi sering dipertimbangkan. Misalnya, perjanjian-perjanjian dengan Parthia mengambil kira syarat-syarat yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan perdagangan di kawasan pendalaman Asia. Dengan galakan daripada Maharaja-Maharaja seluruh empayar telah menjadi suatu unit perdagangan yang menyeluruh.
7.   Ekonomi perdagangan diperkukuhkan lagi dengan wujudnya suatu rangkaian perdagangan antarabangsa. Permintaan yang kian bertambah di pasaran empayar menggalakkan pembukaan jaIan darat dan laut ke 6ahagian empayar timur terutamanya di persisiran Levant yang merupakan titik permulaan jalan sutera ke India Utara, Asia Tengah dan China. Penemuan angin monsun pada tahun 55 TM memudahkan perdagangan maritim melalui Te1uk Parsi dan Laut Merah ke Benua India. Barang-barangan dari India seperti rempah telah berjaya dibawa ke pasaran Rom. Para saudagar India memang terdorong berdagang dengan Kepulauan Asia Tenggara untuk memenuhi permintaan pasaran Rom.
8.      Pelaksanaan dasar laisse faire. Maharaja Octavius juga melaksanakan dasar laisse faire yang memberi kebebasan kepada para saudagar menguruskan perdagangan domestik dan antarabangsa. Dengan galakan daripada Maharaja-Maharaja seluruh empayar telah menjadi suatu unit perdagangan yang menyeluruh.
9.      Keupayaan menterjemahkan pelbagai ilmu yang membantu mengukuhkan asas ekonomi.
Kesimpulan
Adalah jelas bahawa kekuatan ekonomi Rom adalah kaitan rapat dengan penubuhan empayar dan perubahan keadaan politik. Ekonomi adalah faktor dominan yang berjaya mengekalkan empayar Rom sehingga kurun ke-5 apabila empayarnya diserang oleh puak-puak gasar.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .