Thursday, December 15, 2011

Bincangkan idea pemikir-pemikir ketenteraan ternama dalam tamadun China pada zaman klasik


     Di China, terdapat pemikir-pemikir ketenteraan yang dilahirkan yang membicarakan tentang taktik dan strategi peperangan.Perkara-perkara yang dibicarakan oleh pemikir ketenteraan di China termasuklah pentadbiran kerajaan, organisasi tentera, latihan tentera, taktik dan strategi peperangan, kaedah memotivasikan tentera, kawalan tentera dan pentadbiran tentera.Pemikir ketenteraan China yang terkenal adalah Sun Tzu yang merupakan pemikir terulung pada zaman klasik.Beliau pernah berkhidmat sebagai panglima tentera bagi kerajaan Wu.Beliau juga menghasilkan buku berjudul seni peperangan yang dianggap tertua dan terbaik.Dalam buku ini Sun Tzu mengemukakan 13 taktik dan strategi yang harus diketahui oleh seorang panglima perang.

     Antara taktik dan strategi yang terkandung dalam buku yang dihasilkan oleh Sun Tzu ialah merancang peperangan. Pemerintah harus menjalankan kajianyang teliti sebelum melancarkan peperangan kerana peperangan melibatkan nyawa rakyat dan masa depan negara. Lima perkara harus dipertimbangkan dalam sesuatu peperangan iaitu alasan moral, bentuk muka bumi, keadaan iklim, kepimpinan panglima tentera, dan pengendalian peperangan. Menurut Sun Tzu, alasan morall atau Dao amat penting bagi menentukan kejayaan dalam peperangan. Alasan moral menentukan sokongan rakyat terhadap tindakan pemimpin.

     Seterusnya ialah melancarkan peperangan, menurut Sun Tzu, seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dapat dicapai dalam masa yang singkat.Peperangan yang berpanjangan tidak membawa apa-apa manfaat dan faedah kepada negara. Peperangan yang berpanjangan juga boleh melemahkan semangat askar serta boleh menyebabkan perbelanjaan yang tinggi seperti melibatkan kos perubatan tentera dan bekalan makanan tentera.

     Tambahan pula, taktik dan stategi lain adalah daripada segi strategi peperangan. Seorang panglima perang harus mengatur strategiuntuk melawan musuh tanpa menggunakan kekerasan.Panglima perang yang cekap harus mempunyai pengetahuan tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri serta musuh. Seorang panglima tentera akan menemui kekalahan jika melakukan tiga kesilapan iaitu jahil akan ilmu peperangan, jahil dalam urusan pentadbiran ketenteraan, dan mengarahkan tentera mara kehadapan atau berundur apabila tidak sepatutnya berbuat tindakan sedemikian. Sun Tzu menyarankan agar serangan dilancarkan jika pasukannya lebih kuat atau sama kuat dengan pasukan musuh. Peperangan juga harus dielakkan jika pasukan musuh lebih kuat.

     Seterusnya ialah penempatan tentera. Menurut Sun Tzu, pemilihan lokasi yang baik untuk menempatkan tentera menentukan kejayaan sesuatu pasukan dalam peperangan. Lokasi penempatan tentera harus dirahsiakan supaya musuh tidak mengesan pergerakan dan persediaan pasukan tentera. Selain itu, strategi dari segi situasi dimana kejayaan dalam medan peperangan tidak bergantung kepada bilangan anggota tentera. Kemenangan anggota tentera bergantung kepada cara seseorang jeneral menyusun anggota tenteranya. 


     Taktik dan strategi lain ialah kelebihan dan kekurangan dimana seorang panglima tentera harus menggunakan kelebihan yang ada pada pasukan tenterannya dengan berkesan. Pasukan tentera yang sampai lebih awal di medan peperangan lebih bersedia berbanding dengan pasukan yang lewat sampai. Seorang panglima perang harus menyerang musuh yang lemah dan mengelak diri daripada menyerang musuh yang kuat.

     Selain itu, taktik menggunakan muslihat peperangan yang menurut Sun Tzu tipu muslihat merupakan satu taktik yang boleh digunakan untuk menghadapi musuh yang kuat.Penggunaan pelbagai taktik juga boleh digunakan kerana menurut Sun Tzu, seorang panglima perang harus juga mempunyai pengetahuan tentang pelbagai taktik yang digunakan untuk menewaskan musuh.Tambahan pula, mobilisasi tentera iaitu salah satu daripada taktik dan strategi dimana Sun Tzu menyarankan agar khemah tentera didirikan ditempat yang tinggi.Beliau juga melarang melakukan serangan dengan mendaki gunung.

     Seterusnya, bentuk muka bumi yang menurut kata Sun Tzu, seorang panglima tentera harus mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis bentuk muka bumi.Seperti contoh, antara bentuk muka bumi yang harus diketahui adalh tempat yang sempit, tempat yang tinggi tempat yang mudah dilalui, dan tempat yang sukar dilalui. Taktik yang lain adalah Sembilan keadaan dimana Sun Tzu menyenaraikan Sembilan keadaan yang dihadapi dalam medan peperangan. Sembilan keadaan yang dinyatakan okeh Sun Tzu ialah daerah kritis, daerah sempadan, daerah terbuka, daerah terkepung, daerah maut, daerah serius, daerah bertempiaran, daerah dasyhat, dan daerah lalu lintas.Beliau juga menyatakan tindakan berbeza harus diambil bagi setiap situasi atau keadaan.

     Tambahan pula, taktik serangan menggunakan api juga termasuk dalam 13 taktik dan strategi. Sun Tzu melarang penggunaan api dalam peperangan kecuali dalam keadaan terdesak. Terdapat beberapa cara serangan ini dilakukan, iaitu membakar peralatan musuh, membakar gudang menyimpan senjata, membakar saluran makanan dan membakar askar musuh. Bantuan orang awam dan keadaan cuaca amat penting dalam penggunaan api. 

     Selain itu ialah taktik dan strategi pengintipan.Pengintipan dilakukan oleh pemimpin tentera untuk mengumpul maklumat tentang musuh. Maklumat yang diperolehi daripada penigintipan membantu pemerintah mengatur strategi untuk mencapai kejayaan dalam medan peperangan. Terdapat limajenis pengintip, iaitu pengintip tempatan, pengintip dalaman, pengintip dua pihak, pengintip maut dan pengintip utusan. 

Kesimpulannya, Sun Tzu merupakan pemikir ketenteraan yang banyak memberi sumbangan kepada pertahanan negara China. Ideanya  bukan hanya digunakan dalam bidang ketenteraan tetapi juga turut digunakan dalam bidang perniagaan. Idea yang disarankan oleh  telah berjaya mengukuhkan kuasa dan lahirkan sebuah kerajaan yang mantap.

0 comments: