Thursday, December 15, 2011

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN DALAM TAMADUN CHINA PADA ZAMAN KLASIK


Menurut Gordan Childe, tamadun lahir apabila manusia tinggal menetap dalam kelompok besar dibandar.Kehidupan besar dibandar menyebabkan berlaku kemajuan dalam aspek budaya material, intelektual dan kesenian pada tahap yang amat kompleks.
Bandar terbahagi kepada dua iaitu Bandar terancang dan Bandar tidak terancang.bandar terancang mempunyai corak yang spesifik. Bandar-bandar ini dibina untuk memenuhi kehendak sesuatu dinasti ataupun didirikan untuk berfungsi sebagai pusat kediaman atau pentadbiran kerajaan yang baru.Sementara itu Bandar-bandar tidak terancang munculsecara semulajadi dan berkembang pesat dam maju kerana sumbangan daripada pihak swasta.
Dalam pemilihan tapak-tapak Bandar.Beberapa faktor diberi perhatian antara lain perlindungan dari ancaman musuh, banjir dan bekalan air yang mencukupi.Apabila sesebuah Bandar dimusnahkan maka sebuah Bandar baru akan didirikan diatas lokasi yang sama ataupun ditempat yang berhampiran.Dalam konteks ini faktor-faktor seperti kemudahan pengangkutan, ekonomi dan juga usaha untuk menubuhkan Bandar yang lebih besar menjadi faktor yang menentukan pemilihan sesuatu tempat.Selain itu Bandar-bandar-bandar baru dipilih berdasarkan nasihat nujum untuk mengelakkan ancaman makhluk-makhluk ghaib.
Bandar-bandar didiriakn sebagai benteng pertahanan untuk menghadapi serangan musuh.Lazimnya bandar-bandar dikelilingi oleh dua tembok pertahanan.Ia berbentuk segi empat sama ataupun segi empat tepat.Tanah yang terletak diantara kedua-dua tembok digunakan untuk bercucuk tanam.Ini amat penting semasa berlakunya serangan.Diantara fungsi tembok pertahanan ialah menghalang musuh memasuki Bandar dan juga mengelakkan binatang-binatang buas memasuki kawasan bandar.Disamping itu, ia juga membantu untuk menyimpan khazanah-khazanah berharga seperti gangsa emas, jet, alat-alat besi, senjata serta bahan-bahan makanan.
Ciri seterusnya ialah bekalan air dan pintu gerbang.Pintu-pintu dibina disekeliling tembok pada jarak yang tertentu.Pintu- pintu masuk memudahkan para penduduk,pekerja dan pengunjung keluar masuk.Disetipa pintu masuk terdapat menara yang tinggi di kedua-dua belah untuk mengawal orang yang keluar masuk kawasan istana.Tembok-tembok ditembusi untuk menyediakan laluan bagi mengawal saluran bekalan air yang diperoleh daripada sumber-sumber semulajadi ataupun buatan manusia. 
Menjelang abad ke-6 masihi,sebuah Bandar terancang didirikan untuk memenuhi keperluan kehidupan yang moden contohnya bandar Chang-an ialah Bandar yang mempunyai tembok segi empat tepat.jalan-jalan yang luas dan lurus yang dibina dari utara ke selatan pada jarak yang telah ditetapkan.Disamping itu, terdapat juga jalan-jalan yang merentasi Bandar dari arah timur ke barat.Dengan demikian Bandar dibahagikan dengan beberapa unit kecil.Unit-unit ini terdiri daripada kawasan kediaman.Setiap unit dikelilingi oleh tembok yang lebih rendah daripada tembok-tembok yang terdapat dibahagian sempadan.
Pembinaan Bandar-bandar berdasarkan pelan grid memudahkan para pemerintah mengawal penduduk khususnya pada zaman darurat.Selain itu, ia juga memudahkan para pemerintah mengasingkan kawasan-kawasan tertentu untuk tujuan khas.Contohnya kawasan-kawasan tertentu dikhaskan untuk menempatkan baret tentera dan rumah ibadat.Selain itu bahagian-bahagian tertentu dikhaskan untuk pedagang-pedagang dan diplomat-diplomat asing.
Kesimpulannya, Bandar-bandar dalam tamadun awal mempunyai ciri-ciri seperti kubu-kubu pertahanan, tembok pertahanan, kemudahan awam dan pintu gerbang.Kehidupan di Bandar meletakkan asas bagi peningkatan dan pemantapan peradaban manusia.

0 comments: