Bincangkan kesan penghijrahan migran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua


Pendahuluan
Penghijrahan orang Cina ke Asia Tenggara khususnya Indonesia dan Filipina berlaku pada abad ke-19. Mereka dibawa masuk untuk menjadi buruh dalam sektor perlombongan. Ditambah lagi dengan galakkan oleh pemerintah Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Kehadiran orang Cina di Indonesia dan Filipina mendatangkan pelbagai kesan politik , ekonomi dan sosial terhadap kedua buah negara.

Isi-Isi Penting

INDONESIA
Kesan Ekonomi :
Peringkat awal : orang Cina hanya menjadi buruh kasar di estet milik Belanda.
Menjelang pertengahan abad ke19, orang Cina mula menjalankan perdagangan dengan menceburkan diri dalam perniagan, perjudian dan pengangkutan feri.
Orang Cina berjaya menguasai ekonomi Indonesia iaitu kira-kira 37 peratus terlibat degan perniagaan.
Mereka juga telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun 1908.

Kesan terhadap sistem pendidikan
Orang Cina telah membuak beberapa buah sekolah sekitar tahun 1909.
Sekolah tersebut menggunakan kurikulum Belanda.
Perkembangan sekolah Cina – Belandadi Indonesia mendapat bantahan dari kjn Negara China Seberang Laut.
Belanda berusaha menyekat pengaruh sekolah Cina kerana ingin mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia.

Kesan Pentadbiran.
Memainkan peranan dalam Volsraad pada tahun 1918.
Terdapat lima orang wakil orang Cina dalam dewan perwakilan utk menyuarakan hak dan kepentingan mereka.

Nasionalisme
Gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat Cina lebih kepada perkembangan nasionalisme di negara asal mereka.
Wujud pertubuhan sprt Persatuan Orang Cina dan Kelab Pengembara Nanyang.

FILIPINA
Kesan ekonomi
Orang Cina telah melibatkan diri dalam aktikviti ekonomi sprt perniagaan, perlombongn dan pertanian.
Cina Mrstizo : penguasa ekonomi utama Filipina. Bertindak sbg orang tengah kpd pedagang Eropah yang mengimport beras dari Filipina. Juga terlibat dalam pengiulangan beras, industri pembalakan, pemborongan dan ceti. Merupakan tuan tanah yang menjalankan pertanian komersil.
Mereka menguasai sebahagian besar dr industri pembuatan sprt kilang memproses tembakau, garam, barangan kulit dan makanan.

Kesan sosial
Menubuhkan persatuan bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi mereka. Cth 1904 mereka telah menubuhkan Dewan Perniagaan Umum Cina.

Kesan terhadap pendidikan.
Sekolah Cina mula dibina pada pertengahan abad ke 19.
Sekolah Cina mendapat bantuan dr sepanyol dan Amerika Syarikat.
Sekolah Cina yang pertama ialah Anglo-Chinese.
Menjelang abad ke-20, terdapat kira-kira 58 buah sekolah Cina di seluruh Filipina. Antaranya : Sekolah Chung Hua, Sekolah Perdagangan Cina dan Sekolah Sun Yat Sen.

Kesimpulan
Imigran Cina telah menguasai ekonomi,politik mahupun budaya masyarakat di Indonesia dan Filipina.
Rakyat tempatan tidak mampu bersaing dengan orang Cina.
Timbul gerakan anti-Cina yang dilancarkan oleh kaum pribumi Indonesia dan Filipina.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .