Huraikan struktur organisasi sosial masyarakat dalam Tamadun Indus


Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan ,gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani. Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan,dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara. Dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.

Golongan Pendeta
Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan paderi/pendeta yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengan tuhan ataupun dewa. Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka. Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi,kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba. Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang. Dari segi sosial pula,tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembianan jalan raya.

Golongan Pedagang
Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di Lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri daripada golongan buruh yang merdeka atau hamba. Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas, iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai. Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti.

Golongan bawahan
Sebagaimana yang dinyatakan diawal tadi, golongan bawahan masyarakat di Lembah Indus terdiri daripada golongan petani, buruh dan hamba. Golongan petani biasanya tinggal di rumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik. Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta. Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin, membina tembok,dan menenun kain. Manakala kerja-kerja yang lebih keras seperti mengumpul,menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba

Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan
Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi olh sistem kasta.Sistem ini menklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka. Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalm soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan. Golongan kedua pula, Khastriya yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam. Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang. Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah Sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani. Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .