Thursday, December 15, 2011

Sistem Residen


Pengenalan
Pada 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu.

Tugas Residen
1. Menasihati Sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu.
2. Mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan.
3. Membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan.
4. Merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar.
5. Membaiki alat-alat perhubungan

Corak pentadbiran
1. Peringkat negeri
Pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan sebagai badan penasihat sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat segala undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan perlantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya, semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Majlis dijalankan dalam Bahasa Melayu dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus mempunyai tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal. Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan majlis ini diabaikan. Lama-kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat.

2. Peringkat daerah
Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran daerah di bawah jagaan seorang Pegawai Daerah British. Di peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai “Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau bertugas untuk memungut hasil dan menjadi majistret di peringkat daerah. Pegawai Daerah juga bertanggungjawab menjaga perbendaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi Kerja Ketua Jabatan tersebut.

3. Peringkat mukim
Setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu kerana
a. Mempunyai pengaruh yang kuat
b. Melibatkan mereka dalam pentadbiran British
c. Mereka lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelata
d. Mereka mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas
Tugas mereka ialah:
a. Memungut hasil tanah
b. Mentadbir undang-undang tempatan
c. Menjaga keamanan dan keselamatan
d. Mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata
e. Menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelata
f. Menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan
g. Menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis

4. Peringkat kampung
Pentadbiran kampung diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negeri masing-masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang.

5. Peringkat bandar
Pada awal tahun 1890-an, sebuah lembaga kesihatan telah ditubuhkan untuk mentadbir Bandar Kuala Lumpur. Tugasnya adalah untuk
a. Mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja
b. Meluluskan pelan bangunan
c. Menjaga kebersihan bandar
Ahli-ahlinya terdiri daripada:
a. Jurutera di Jabatan Kerja Raya
b. Ketua Polis Daerah
c. Individu yang dilantik oleh Residen

Masalah yang dihadapi oleh Residen
1. Tidak terdapat sistem pemerintahan pusat di Negeri-negeri Melayu. Ada sesetengah wilayah dan ketua-ketua wilayah tidak tertakluk di bawah kekuasaan Sultan. Mereka bebas menjalankan urusan pentadbiran sendiri.
2. Dalam kehidupan sehari-hari Sultan dan pembesar-pembesar Melayu telah mengikut cara hidup mereka sendiri sebagai warisan sejarah turun-temurun. Oleh itu, amatlah sukar untuk mempengaruhi dan mendesak mereka agar dapat mengubah dan mengikut sistem pentadbiran baru seperti mana sistem Barat.
3. Adalah sukar bagi Residen mengelakkan diri dari campur tangan dalam adat ketika menjalankan tugas kerana adar merupakan kehidupan orang-orang Melayu. Sebagai contoh, sudah menjadi corak pemerintahan di Negeri-negeri Melayu bahawa Sultan dan pembesar-pembesar termasuk ketua-ketua wilayah mempunyai kuasa untuk memungut cukai di wilayah masing-masing. Sultan akan mendapat pembayaran pula dari mereka. Bukti yang jelas ialah Ngah Ibrahim (Menteri Larut) berkuasa dan bebas memungut cukai di Daerah Larut, Perak. Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan) di Pahang mempunyai hak memungut cukai di Daerah Semantan terutamanya Sungai Semantan yang menjadi alat perhubungan penting bagi kapal-kapal. Perkara ini yang harus dihadapi oleh Residen kerana sudah menjadi tugas mereka membentuk sistem tersebut untuk pembangunan negeri bukan untuk kepentingan individu seperti yang telah berlaku.
4. Masalah yang tidak kurang pentingnya ialah masalah kewangan. Hal ini disebabkan Kerajaan British tidak memberi bantuan yang cukup kepada mereka. Malah, segala perbelanjaan termasuk gaji Residen ditanggung oleh Sultan atau kerajaan negeri. Masalah kewangan menjadi semakin serius apabila Residen terpaksa menyelesaikan hutang-hutang negeri kepada Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat telah membiayai kira-kira £15000 di Perak dan dalam tahun 1877 hutang negeri Perak telah berjumlah £160000. Selain itu, ramai pembesar-pembesar negeri juga telah berhutang, misalnya Ngah Ibrahim telah berhutang kira-kira £50000.
5. Banyak masalah dihadapi untuk mengawal ketenteraman. Hal ini juga disebabkan Residen tidak mempunyai anggota keselamatan yang cukup untuk membantunya di setiap wilayah. Hanya sesetengah Residen sahaja yang mempunyai pasukan polis dan askar seperti Kapten Speedy di Larut. Itupun pemberian dari Ngah Ibrahim kepadanya. Kapten Tatham di Sungai Ujong hanya dibantu oleh kira-kira 50 orang anggota polis.

Perubahan-perubahan yang berlaku
1. Pentadbiran
a. Pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (State Council)
Perubahan yang nyata dalam pemerintahan ialah pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN). Suktan dilantik menjadi Presiden dan ahli-ahli yang lain terdiri daripada Residen, Penolong Residen, pembesar Melayu dan ketua-ketua puak Cina. MMN merupakan satu institusi yang mengendalikan urusan-urusan pentadbiran. Di Perak, MMN ditubuhkan pada tahun 1877 yang mengandungi 7 ahli iaitu 3 Melayu, 2 Inggeris dan 2 Cina. Pada tahun 1895, keahliannya bertambah menjadi 12 orang iaitu 7 Melayu, 2 Inggeris dan 3 Cina. Di Selangor, MMN ditubuhkan pada tahun 1878. MMN mempunyai kuasa meluluskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan negeri seperti membincangkan hal-hal dalam negeri seperti cukai, perbelanjaan, perlantikan serta gaji pembesar. MMN juga boleh menimbangkan sama ada hukuman mati patut dijalankan atau ubah. Namun demikian, perkara-perkara penting seperti belanjawan negeri tetap dirangka oleh Residen yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada Gebenor Negeri-negeri Selat.
b. Penubuhan sistem cukai yang efektif
Adalah menjadi tugas Residen untuk menubuhkan satu sistem cukai yang berkesan. Hasil cukai yang diperolehi itu hendaklah digunakan untuk pembangunan negeri seperti membiayai pembinaan jalan raya, keretapi serta alat-alat perhubungan yang lain. Dengan adanya jabatan cukai dan penghasilan dalam negeri,

0 comments: