Thursday, December 15, 2011

Sejauh manakah pengukuhan Empayar Maurya dan Empayar Gupta di India disebabkanoleh kekuatan organisasi tenteranya?


Pengenalan
Empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 321 S.M.merupakan empayar pertama di India.-Emapayar Gupta diasaskan oleh Chandragupta yang menggunakan gelaranMaharajadhiraja (Raja Segala Raja) Baginda digantikan oleh puteranya bernamaSamudragupta yang digelarIndian Napoleon

Kemunculan kedua-dua empayar zaman klasik di India ini disebabkan oleh organisasiketenteraannya yang sistematik.Isi-Sesungguhnya kekuatan organisasi ketenteraan menyumbang kepada kegemilangankedua-dua empayar ini. Dari segi jenis-jenis tentera, empayar Maurya mempunyai empatjenis tentera iaitu tentera berkuda, tentera berkereta kuda, infantri dan tentera bergajah.-Tentera bergajah dapat memecahkan barisan musuh, meruntuhkan kubu, pintu kota danbenteng pertahanan musuh. Kereta kuda digunakan secara meluas oleh kerajaan Maurya.

Struktur organisasi ketenteraan Maurya cukup tersusun. Unit asas tentera India ialahpatti yang mengandungi seekor gajah, sebuah kereta kuda, tiga ekor kuda dan limaanggota tentera. Tiga patti akan membentuk satu senamukka. Tiga senamukkamembentuk satu gulma. Sebuah pasukan tentera yang lengkap dipanggil aksauhini yangterdiri daripada 21870 patti.-

Raja-raja Maurya dan Gupta mempunyai angkatan tentera yang ramai. ChandraguptaMaurya misalnya mempunyai anggota tentera berjumlah 600 000 orang, Rajaraja Imempunyai 900 000 tentera dan Mahendrapala memiliki tentera berjumlah 800 000orang

Dari segi peralatan perang pula, tentera kedua-dua empayar ini membahagikan kepadadua iaitu senjata berbentuk defensif dan senjata berbentuk ofensif. Senjata berbentuk ofensif termasuklah pedang, lembing, panah beracun, meriam dan kapak. Senjatadefensif termasuklah perisai, topi besi, pelindung leher dan pakaian pelindung badan.-

Wujud juga pentadbiran ketenteraan yang berkesan kerana terdapat unit-unit lain sepertipasukan perubatan yang memberi bantuan kepada tentera India yang tercedera di medanpeperangan. Doktor-doktor bedah dan jururawat turut serta di belakang pasukan tentera.Begitu juga dengan pasukan muzik ditugaskan sama ada untuk memberi amaran ataubersiap sedia turun ke padang.

Selain daripada struktur organisasi ketenteraan, faktor-faktor lain turut menyumbangkepada pengukuhan empayar Maurya dan Gupta. Antaranya termasuklaha) dasar diplomasi yang diamalkan seperti perkahwinan politik.b) kepimpinan yang berwibawa seperti Chandragupta dan Asokac) pengamalan dan kepatuhan kepada agama Buddha bagi kerajaan Maurya dan agamaHindu bagi kerajaan Gupta.d) melaksanakan birokrasi dengan memperkemaskan pentadbiran dengan perlantikangabenor di peringkat wilayah.e) memantau keadaan politik di peringkat pusat dan wilayah bagi mengelakkanpemberontakan tempatan.

Kesimpulan
Kekuatan organisasi ketenteraan berjaya mengukuhkan empayar Maurya dan Gupta.-Struktur pentadbiran yang sistematik membolehkan pemerintah mengawal askar danrakyatnya yang berbilang kaum.

0 comments: