Bincangkan peranan bahasa dan kesusasteraan dalam perkembangan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara


Pendahuluan
· Kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Asia  juga dipengaruhi oleh faktor bahasa sama ada bahasa penjajah mahupun bahasa masyarakat tempatan. Bahasa juga digunakan sebagai alat komunikasi utama dan alat penyatuan untuk penentangan penindasan panjajah Barat.
· Penderitaan dan keperitan hidup di bawah pemerintahan penjajah dapat diungkapkan dalam karya-karya kesusasteraan. Karya-karya ini menjadi alat yang menghubungkan golongan nasionalis dan masyarakat umum melalui bahasa tempatan yang mudah difahami.

Isi
Bahasa
Vietnam
· Dasar penjajah Perancis yang lebih mengalakkan penggunaan tulisan China atau tulisan quoc-ngu (Sistem meromankan tulisan yang dicipta oleh pengembang agama Katolik pada kurun ke-17) membolehkan rakyat Vietnam membaca dan mempelajarinya dengan mudah dan menterjemahkan perkataan-perkatan Barat dan ilmu dari Barat.
· Dengan ini rakyat Vietnam mendapat pengetahuan yang luas tentang ilmu-ilmu Barat dan mewujudkan semangat nasionalisme menentang penjajah. Buktinya, Universiti Hanoi 1908 ditutup oleh Gabenor Jeneral Paul Beau kerana wujudnya penentangan terhadap Perancis daripada pelajar universiti yang berpengetahuan luas dalam bahasa quoc-ngu.

Indonesia
· Bahasa Melayu sebagai lingua franca telah menjadi penggerak utama semangat nasionalisme di Indonesia. Penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan penduduk Indonesia telah berjaya merentasi semua halangan geografi, kebudayaan, dan loghat yang berbeza.
· Pihak Belanda telah memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran, berinteraksi antara orang Belanda dengan orang Indonesia. Perluasan penggunaan Bahasa Melayu ini dilakukan kerana Belanda tidak mahu rakyat Indonesia menggunakan Bahasa Belanda kerana dikhuatiri akan menjejaskan pentadbiran Belanda.
· Penggunaan Bahasa Melayu yang meluas ini telah menyedarkan rakyat Indonesia dan seterusnya mencetuskan gerakan nasionalisme menentang penindasan penjajah Belanda.

Kesusasteraan
Filipina
· Karya Jose Rizal Mercadoy Alonso telah menjadi pencetus kepada gerakan nasionalisme. Novelnya yang pertama Noli Me Tangere (Touch Me Not @ Social Cancer) pada tahun 1887, telah mendedahkan penderitaan rakyat Filipina di bawah pemerintahan Sepanyol dan kumpulan paderi yang mengamalkan rasuah.
· Novel keduanya El Filibusterismo diterbitkan pada tahun 1891, telah mendedahkan kejahatan kerajaan Sepanyol dan mengkritik golongan agam. Hasil penulisan ini telah membangkitkan semangat nasionalisme dan pemberontakan Katipunan oleh Andres Bonifacio pada tahun 1896.
El Filibusterismo juga telah mengkritik golongan paderi Sepanyol dan meluahkan perasaannya mengenai keluarganya dan keluarga lain di Calambar yang telah diusir keluar dari rumah mereka dan rumah itu dirobohkan.





Indonesia
· Hasil karya Semaun iaitu Hikayat Kadirun, yang mengungkap kekecewaan bangsa Indonesia yang tidak terbela, masih dibelenggu dengan kemiskinan dan penderitaan di bawah pentadbiran Belanda telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia.
· Hasil kesusasteraan lain seperti Siti Nurbayah oleh Marah Rusli dan Studen Hidjo oleh Bakti Siregar, juga menceritakan penderitaan masyarakat Indonesia. Karya-karya kesusasteraan ini telah mewujudkan semangat kesedaran bangsa Indonesia dan mempersoalkan ketulusan pentadbiran Belanda.

Vietnam
· Phan Boi Chao yang mendapat pendidikan Confucius telah menghasilkan karya-karya yang menyedarkan masyarakat Vietnam tentang penderitaan dan penindasan serta keluar dari belenggu penjajahan Perancis. Tulisannya yang pertama A New Book About The Tears Of Blood Of The Ryukyu Island (1902-1903), menyeru semua nasionalis Vietnam bersatu untuk memerdekakan negara Vietnam.
· Pada 1905 pula, beliau menghasilkan buku Viet Nam Vong Quac Su (Sejarah Jatuhnya Vietnam), yang menyedarkan penduduk Vietnam untuk menentang penjajah. Beliau juga manghasilkan karya0karya lain yang mencetuskan kebangkitan kesedaran kebangsaan di Vietnam seperti Hai Ngaoi Huyet Thu, Tan Viet Nam, Ai Viet Dieu Dien, Viet Nam Quoc Su Khao dan Khong Hoc Dong.
· Karyanya, Khuyen Quoc Dan Tu Tro Du Hoc Van telah menunjukkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Meiji di Jepun dan menggalakkan masyarakat Vietnam berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Hasil-hasil karya beliau telah berjaya menyedarkan mesyarakat Vietnam untuk menentang Perancis.

Kesimpulan:
Bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara. Penglibatan golongan intelektual telah berjaya menghasilkan karya dan penulisan yang mampu membangkitkan kesedaran kebangsaan di negara masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Kandungan dan kepentingan Piagam Madinah