Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Negara Thailand
Pengenalan
– Pada bulan Februari 1942, Jepun telah menyerang dan menawan
Sumatera, kemudian Jawa jatuh pada bulan Mac 1942.
– Pendudukan Jepun di Indonesia telah membawa banyak kesan
politik, ekonomi dan sosial.
– Negara Thailand tidak pernah dijajah oleh Jepun. Walau
bagaimanapun Thailand tetap mengalami kesan pendudukan Jepun.
Isi
Kesan pendudukan Jepun di
Indonesia [10m]
Kesan politik
ü Pendudukan Jepun memperkukuhkan gerakan nasionalisme Indonesia
ü Mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan
ü Menjatuhkan maruah Belanda dan menaikkan semangat anti penjajah
ü Golongan intelektual berpeluang memegang jawatan dalam
pentadbiran
ü Memberi keyakinan diri untuk mentadbir negara sendiri
ü Jepun membenarkan penubuhan parti politik – PUTERA dan PETA
ü Menjanjikan kemerdekaan. Peranan tokoh-tokoh nasionalisme
seperti Sukarno, Hatta dan Sjahriri.
Kesan
ekonomi
Ø Jepun mengeksploitasi ekonomi Indonesia. Petani jual beras
kepada Jepun dengan harga rendah.
Ø Eksport merosot, Indonesia putus hubungan perdagangan
antarabangsa.
Ø Inflasi akibat pengedaran wang kertas Jepun tidak terkawal dan
kekurangan bahan makanan.
Kesan sosial
S Berlaku kebuluran dan kemerosotan taraf hidup
S Kesengsaraan kepada petani penduduk
Kesan
pendudukan Jepun di Negara Thailand [10m]
Kesan
politik
@ Kerajaan Thailand mengamalkan dasar pro-Jepun. Phibun menyokong
Jepun dengan kepercayaan Jepun akan menang dalam perang Dunia Kedua.
@ Thailand dapat mengekalkan kemerdekaannya. Wilayah-wilayah yang
diserahkan kepada British dan Perancis diperoleh semula oleh Thailand sebagai
membalas jasa Thailand membenarkan Jepun menggunakan laluan di negaranya untuk
menyerang Tanah Melayu.
@ Laos, Kemboja dan Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada
Thailand.
@ Thailand mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan
Britain. Gerakan Thailand Bebas ditubuhkan oleh Seni Pramoj di Amerika Syarikat
untuk menentang Jepun.
@ Pergerakan bawah tanah juga dibentuk dibawah Pridi
@ Phibun Songgram dipaksa meletakkan jawatan.
Kesan
ekonomi
! Jepun mengeksploitasikan ekonomi Thailand.
! Keadaan ekonomi semakin merosot dan menyebabkan inflasi.
Kesan sosial
[ Rakyat Thailand menderita dan sengsara
[ Kemusnahan harta benda dan nyawa
Kesimpulan
P Pendudukan Jepun di Indonesia mengukuhkan gerakan kesedaran.
P Menimbulkan keazaman rakyat menentang penjajahan Belanda.
P Pendudukan Jepun di Negara Thailand mengekalkan kemerdekaannya.
Comments