Thursday, December 15, 2011

PENGARUH BRITISH DI SABAH DAN SARAWAK


PENGENALAN
Sebelum kedatagan Barat, Sabah atau Borneo Utara berada di bawah pentadbiran Kesultanan Brunei. Namun begitu selepas 1674, Sabah ditadbir pula oleh tiga kuasa yang berlainan. Kawasan pantai antara Pandasan hingga Kimanis terletak di bawah kekuasaan Brunei.
James Brooke mula-mula sampai di tebing Sungai Sara wak di tengah-tengah berlakunya pemberontakan oleh masyarakat tempatan. Dia telah dianugerahkan wilayah Sarawak kerana peranannya dalam menghentikan pemberontakan tersebut. Dia menjadi Raja memerintah Sarawak yang pertama pada tahun 1841, lalu menandakan permulaan pemerintahan Raja Putih  selama tiga generasi keluarga Brooke.


ISI/HURAIAN
PENGARUH BRITISH DI SABAH……..
@ Perluasan pengaruh asing di Sabah melibatkan beberapa tokoh pedagang bermula pada tahun 1865 oleh seorang warga Amerika.
@ Claude Lee Moses mendapatkan dua konsesi pajakan beberapa kawasan di Sabah daripada Sultan Abdul Mu’min (Brunei) selama sepuluh tahun dan tempoh konsesinya boleh diperbaharui.
@ Konsesi pajakan pertama meliputi kawasan dari Sungai Sulaman di pantai barat hingga Sungai Paitan di timur laut. Manakala kensesi pajakan kedua pula meliputi pelbagai kawasan.
Contoh: Benoni, Kimanis, Paitan, Sugut, Bongaya, Babuk, Sandakan, Kinabatangan, Cagayan dan Muning.

@ Bagi mendapatkan keuntangan segera, Moses telah menjual hak pajakannya kepada pedagang Amerika di Hong Kong diketuai oleh Joseph William Torrey dan Thomes B. Haris serta seorang pedagang Cina, Wo Hang. Torrey kemudian menubuhkan The American Trading Company untuk memajukan kawasan tersebut.

@ Pemindahan milikan pajakan tersebut telah disahkan oleh Sultan Abdul Mu’min pada 24 November 1865. Sebagaimana Moses, Joseph Torrey juga gagal untuk mengaut keuntungan terhadap pajakan tersebut lalu menjual konsesinya kepada Gustavus Baron de Overback iaitu Konsul-Jeneral Austria di Hong Kong pada tahun 1875.
@  Disebabkan kekurangan modal, Overback telah menjalankan usahasama dengan syarikat British yang dimiliki oleh Dent Brothers pada tahun 1877. Kerjasama ini telah mencetuskan satu perjanjian baru antara Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’min dengan Syarikat Overback dan Dent
@  Bagi mengatasi masalah pertindihan kuasa dengan Kesultanan Sulu kerana Sultan Sulu juga dikatakan mempunyai kuasa ke atas Sabah, Overback dengan diiringi oleh Pemangku Gabenor Labuan, Willian Hood Treacher telah menemui dan mengadakan rundingan dengan Sultan Sulu.
@  Hasil rundingan tersebut mereka telah menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu pada 22 Januari 1878 di Meimbong, selatan Kepulauan Sulu. Menurut perjanjian tersebut, Sultan Sulu iaitu Sultan Jamal Al-Alam bersetuju menyerahkan kesemua tanah dan hak pertuanan meliputi kawasan dari Sungai Sibuku hingga Sungai Padasan kepada Syarikat Overback dan Dent.

@  Setelah gagal mendapatkan bantuan kewangan daripada pemodal dan kerajaan Austria, pada tahun 1880, Overback pula telah menjualkan hak miliknya kepada Alfred Dent menyebabkan Dent mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir Sabah

@  Pada 1 November 1881, kerajaan British telah memberikan piagam diraja dan nama syarikat telah ditukar kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Alfred Dent telah dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat yang manakala Willian Hood Treacher pula telah dilantik sebagai Gabenor British yang pertama di Sabah.

@   Melalui pemberian piagam diraja, secara tidak langsung kerajaan British telah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya di Sabah. Pada Mei 1888, penguasaan British di Sabah semakin kukuh apabila Sabah telah dijadikan negeri naungan British (British protectorate state) sebagaimana negeri Sarawak dan Brunei.








PENGARUH BRITISH DI SARAWAK

 Setelah Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Sarawak, brooke telah dilantik menjadi Raja dan Gabenor Sarawak pada tahun 1841 oleh Pangeran Muda Hashim dan seterusnya pada tahun 1842 Brooke telah menerima surat pelantikan daripada Sultan Brunei sebagi Raja Sarawak.

@   Brooke telah menjalankan pemerintahan dinasti di Sarawak, iaitu kuasanya akan diganti oleh keturunannya bagi meneruskan pemerintahan di Sarawak.

@   Raja Putih Sarawak telah meningkat sIstem pentadbirannya dengan pentadbiran yang lebih lengkap dan sistemetik. Brooke telah berusaha memajukan kegiatan perdangan di Sarawak, hal ini telah menyebabkan British berpandangan bahawa Brooke telah jalan perdangan kepada para pedagang British untuk menguasai jalan perdagangan ke benua China.

@   Bagi melancarkan aktiviti perdangangan, Brooke telah berusaha menghapuskan lanun, hal ini telah menyebabkan Brooke terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Laut Diraja British.Angkatan laut ini juga telah membantu Brooke meluaskan kekuasaannya di Sarawak.Pada masa yang sama Brooke juga meluaskan wilayahnya dengan mengambil secara paksa atau membelinya daripada kesultanan Brunei.

@   Pada tahun 1853 Brooke telah diangkat menjadi Gebenor British yang pertama di Pulau Labuan serta telah bertindak sebagai wakil British ke Brunei. Pemerintahan Brooke di Sarawak sangat memerlukan pengaruh inggeris kerana bimbang akan kuasa–kuasa eropah lain yang sedang giat memperluaskan kuasa mereka di sekitar Malaysia.

@   Bagi mengurangkan kebimbangan itu, British telah mengiktirafkan dengan rasminya kemerdekaan Sarawak bari Brunei pada tahun 1863 dan menghantar seorang pegawai konsul ke Sarawak.Pertalian antara Sarawak dengan British ini telah memperkuatkan lagi hubungan diantara laut Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu.


@   British telah mengarahkan agar Brooke mengubah corak pemerintahannya supaya berkiblatkan Britain.Sehingga Raja Sarawak yang kedua pernah mengatakan bahawa dimana bendera Sarawak di naikkan, di situ kepentingan inggeris akan dijungjung, ini menunjukkan bahawa British telah berpengaruh di Sarawak.



KESIMPULAN


 
Penghujung abad ke-19, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu telah kehilangan hak, kepentingan dan dan ketuanan di wilayah Sabah apabila British melalui SBBU berkuasa sepenuhnya terhadap wilayah tersebut pada 1888. SBBU telah memajukan Sabah demi kepentingan mereka dengan pelbagai pembaharuan ekonomi dan sosial tetapi pada hakikatnya pembaharuan tersebut tidak menguntungkan penduduk tempatan. Campurtangan British dalam politik Sabah akhirnya telah mencetuskan penentangan di kalangan rakyat tempatan.

  Banyak perkara yang harus dihadapi oleh pihak british semasa memerintah di Sarawak.Permerintahan mereka sering ditentang oleh banyak pihak.Antara pihak-pihak yang menentang pemerintahan mereka ialah kebangkitan dari oang cina,penentangan dari syarif masahor, penentangan dari rentap, dan dari lain-lain pihak lagi.

0 comments: