JELASKAN MENGAPA PERDAGANGAN ANTARABANGSA ANTARA EMPAYAR ROM DENGAN CHINA BERKEMBANG PESAT MENJELANG ABAD PERTAMA MASIHI


A.     PENGENALAN ( 3 MARKAH ).

  1. Pada kurun pertama Masihi, Jalan sutera telah menjadi asas kepada perhubungan perdagangan di antara empayar Rom dengan Timur – Jauh.

  1. Barang – barang mewah seperti sutera telah dibawa ke Empayar Rom yang pada masa itu merupakan suatu pasaran besar yang amat subur manakala buru biri – biri, emas, dan perak dibawa ke China untuk golongan gentry dan istana.

  1. Perdagangan ini tidak diuruskan secara langsung di antara Rom dan China tetapi melalui beberapa kumpulan saudagar yang berperanan sebagai orang tengah.

  1. Pengenalan kepada empayar rom dan China.


B.     ISI – ISI PENTING ( 20 MARKAH = 5 ISI x 4 MARKAH ).

  1. POLITIK.

Menjelang kurun pertama masihi, perebutan kuasa dan perang saudara telah tamat dengan wujudnya kestabilan politik di bawah pemerintahan Octavius Augustus. Buat pertama kalinya empayar Rom terbentang dari dari Afrika utara ke Sungai Rhine di Eropah dan dari Sepanyol di Mediterranean Barat ke Mesir, Syria dan Anatolia telah dikawal rapi dari serangan musuh. Zaman di dikenali dengan Pax Romana, iaitu keselamatan di bawah naungan Rom. Di dalam empayar wujudlah keamanan, kemakmuran serta kemunculan golongan – golongan masyarakat yang kaya dan hidup dengan mewah. Kegiatan perlanunan di laut Mediterranean dikawal rapi dan sistem jalan raya yang mengubungkan Rom dengan merata tempat telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan yang begitu luas.

  1. EKONOMI.

Industri pembuatan yang kian berkembang di wilayah  - wilayah empayar yang hasil barangan dieksport ke Rom ke pasaran di luar empayar Rom. Di semenanjung Itali pertumbuhan pertanian komersil berlaku – sistem pertanian Latifundia. Jadi, perdagngan di dalam empayar kian berkembang ekoran daripada keadaan politik, ekonomi dan sosial yang begitu menggalakkan.

  1. PEMBUKAAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA.

Permintaan yang kian bertambah dipasaran empayar Rom menggalakkan pembukaan jalan darat dan laut ke bahagian empayar timur terutamanya pusat perdagangan di persisiran Levant yang merupakan titik permulaan jalan sutera ke India Utara, Asia Tengah dan China.

  1. PENEMUAN ANGIN MONSUN.

Ditemui oleh Hippalus pada tahun ke – 55 sebelum Masihi ke India dan Afrika Utara telah memajukan aktiviti perdagangan antarabangsa.

  1. PERLUASAN KUASA DI CHINA.

Di China, Dinasti Han telah memperluaskan kuasa empayarnya ke Asia Tengah. Jalan darat dari Asia tengah ke China Utara terlindung daripada serangan puak Hsiung Nu. Sistem Ufti dimulakan antara pusat – pusat kerajaan keil di Asia Tengah dengan China. Asia Tengah sebenarnya dijadikan kawasan perantaraan bagi saudagar India dan China. Jadi, secara tidak langsung, perluasan empayar ke Han ke Taklamakan telah membuka buat pertama kalinya  hubungan perdagangan di antara China dengan negara – negara Asia Barat. Motif China terbukti dalam sistem ufti yang bukan sahaja menyokong kepentingan ekonomi tetapi juga memberikan suatu asas kepada China untuk memperluaskan pertuannnya ke atas negeri – negeri yang wujud di sempadan – sempadanya.

  1. PENEMUAN JALAN DARAT.

Jalan darat telah ditemui oleh pengembara – pengembara China sehingga ke sempadan Rom.

  1. HUBUNGAN DIPLOMATIK.

Hubungan diplomatik antara China dengan Rom berlaku apabila Maharaja Han  Wu Ti menghadiahkan kain sutera kepada Maharaja Rom.
  1. PENUBUHAN EMPAYAR KUSHAN.

Penubuhan Empayar Kushan yang merangkumi India Utara dan bactria di abwah pemerintahan Kanishka yang menggalakkan perdagangan dengan parthia dan Asia Tengah. Wujudnya segolongan saudagar India yang berdagang dengan saudagar China di Asia tengah dan juga saudagar Rom di Parthia.

C.     KESIMPULAN ( 2 MARKAH )

Apa – apa sahaja berkaitan.

Comments

Anonymous said…
baby ill be down down down down down

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .