Huraikan peranan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dalam meningkatkan perkembangan Islam di Nusantara
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dilahirkan
pada tahun 1590 Masihi. Ayahnya hernama Mansur Shah dan ibunya bernama Puteri Indra
Bangsa - puteri Sultan Alauddin Riayat Shah. Beliau merupakan seorang pemerintah yang
berani, aiim, dan bijak memerintah negara. Ketika berusia belasan tahun, beliau
telah memimpin gerakan menentang pemerintahan bapa sauda.ranya Sultan Ali
Riayat Shah (1604-1607 Masihi). Justeru itu beliau ditangkap dan dipenjarakan. Pada
tahun 1606 Masihi beliau telah dibebaskan untuk memimpin tentera Acheh
menentang Portugis di pantai Sumatera. Beliau Berjaya menewaskan Portugis. Pada
tahun 1607 Masihi, sebaik-baik sahaja Sultan All Riayat Shah mangkat, Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam telah berjaya merampas kuasa. Kemudian beliau telah
diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Iskandar Muda Perkasa Alam.
Beliau memerintah selama 29 tahun dan meninggal dunia pada tahun 1636 Masihi.
Membentuk empayar Islam-Acheh :
Perluasan jajahan
takluk adalah salah satu dasar pemerintahan baginda. Justeru itu, baginda telah
melengkapkan dan memperkukuhkan angkatan bersenjata Acheh agar Acheh dapat
menguasai tanah jajahan yang sedia ada di samping dapat pula menakluki
daerah-daerah lain. Di Sumatera, kawasan-kawasan yang telah berjaya ditawan
semula oleh baginda ialah kawasan pantai timur Sumatera seperti Haru, Deli, Rokan,
Kampar, Indragiri, dan Jambi dan kawasan pantai barat puIa seperti Indrapura,
Padang, Pariaman, dan Singkel. Di Tanah Melayu, baginda telah berjaya menguasai
semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu. Kejayaan penaklukan serta perluasan
wilayah itu membolehkan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam membentuk sebuah
empayar Islam yang kuat dan besar di Nusantara, sekali gus Islam dapat
disebarkan dan dikembangkan di
kawasan-kawasan berkenaan dengan cara yang lebih berkesan.
Memerangi Portugis di Melaka :
Usaha ini juga
merupakan dasar terpenting Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Dasar ini bukan
sahaja didorong oleh faktor politik dan ekonomi,
malah ia juga disebabkan oleh faktor agama. Sejak pertapakanPortugis di Melaka
pada tahun 1511, Portugis dianggap sebagai 30 pengancam terhadap agama, negara,
dan umat Islam. Oleh yang demikian,baginda telah meiancarkan serangan ke atas
Portugis di Melaka pada tahun 1615 Masihi dan tahun 1629 Masihi, tetapi usaha
tersebut gagal. Walaupun serangan itu tidak berjaya, namun tindakan itu memberikan
natijah yang baik kepada perkembangan Islam. Portugis tidak dapat bertindak
dengan sewenang-wenangnya dari segi politik, ekonomi, dan diplomatik. Pengaruh
agama Kristian dapat dibendung dari tersebar luas kepada pendudukpenduduk Islam
di Nusantara.
Acheh sebagai pusat perdagangan :
Aktiviti perdagangan telah
berkembang pesat pada zaman baginda. Lebih-lebih lagi dengan perluasan wilayah
ke atas Tanah Melayu dan pesisiran pantai timur Sumatera. Keadaan ini
membolehkan Acheh mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka. Baginda juga
telah membuka jalan perdagangan di pesisiran pantai barat Sumatera. Oleh itu Acheh
berjaya mengawal perdagangan rempah yang merupakan hasil pengeluaran
perdagangan yang penting pada waktu itu. Di samping itu, saudagar-saudagar
asing juga dilarang dari membeli rempah terus dari kawasan penghasilannya.
Implikasinya pelabuhan bandar Acheh menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing
bagi mendapatkan rempah. Pedagang-pedagang Islam pula diberi perlindungan dan
penghormatan oleh pemerintah Acheh. Pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi, Acheh
telah menjadi pusat perdagangan yang terpenting di Nusantara kerana kehadiran
pedagangpedagang dari kepulauan Melayu, China, India, Timur Tengah, dan Eropah.
Mewujudkan pentadbiran negara yang sistematik
:
Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam sangat menyanjung tinggi alim ulama dan baginda sentiasa
berdamping rapat dengan mereka. Para ulama
bukan sahaja berperanan sebagai penasihat agama, mala.h mereka juga bertindak
sebagai penasihat dalam bidang politik dan pentadbiran. Contohnya, Sheikh
Shamsuddin bin Abdullah al-Sumaterani – 1630 Masihi telah dilantik sebagai
penasihat baginda. Baginda juga telah menubuhkan Balai Gadang, iaitu sebuah
badan penasihat. Ianya terdiri daripada 22 orang ulama yang terkenal di Acheh yang
bertugas sebagai penasihat sultan dalam semua
urusan pemerintahan negara.
Hubungan diplomatik :
Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam juga terus mengukuhkan kedudukan politiknya dengan mengadakan
hubungan diplomati dengan kerajaan Islam sepergi Gujerat, Malabar, Turki,
Mesir, Mekah dsb. Melalui hubungan tersebut Acheh dapat berfungsi dalam usaha
dakwah dan aktiviti kenegaraan seperti politik,ekonomi, ketenteraan, pendidikan
dan sebagainya. Pada zaman baginda Acheh telah dikunjungi oleh para ulama
seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.
Pusat pengajian dan kebudayaan Islam :
Banyak usaha telah
dilakukan oleh baginda dalam bidang pendidikan dan kebudayaan Islam. Baginda
telah mewujudkan sistem pendidikan Islam yang sistematik merangkumi peringkat
rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Pendidikan peringkat rendah dikenali
sebagai Munasah. Mata pelajaran yang diajar pada peringkat ini ialah menulis, membaca
al-Quran, asas bahasa Arab, dan perkara fardu ain. Peringkat menengah pula
dikenali sebagai Rangkang. Pada peringkat ini, mata pelajaran yang diajar ialah
ilmu Tauhid, Fikah, tafsir, hadis, bahasa Arab dsb. Peringkat tinggi pula
dikenaIi sebagai Jamiah atau Universiti. Kewujudan pusat pengajian yang
sistematik itu menyebabkan Acheh menjadi tumpuan kepada para sarjana dan
pelajarpelajar Islam di Kepulauan Melayu hingga Acheh digelar Serambi Mekah
kerana jemaah haji dari Tanah Melayu dan Indonesia yang pergi atau pulang dari
Mekah akan singgah di Acheh bagi mendalami ilmu fardu haji. Terdapat juga
pelajar-pelajar di Kepulauan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran di Mekah,
mereka akan belajar terlebih dahulu di Acheh.
Meningkatkan kegiatan intelektual :
Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam juga bersikap bijaksana atau tidak menyekat dalam menghadapi
perkembangan dua aliran tasawuf yang wujud pada waktu itu, iaitu Wihdatul-Wujud
dipimpin oleh Hamzah Fansuri dan muridnya Sheikh Shamsuddin al-Sumaterani dan Wzhdatul-Syuhud
dipimpin oleh Abdul Rauf Singkel. Walaupun kedua-dua aliran tasawuf tersebut
bertentangan tetapi kerana kebijaksanaan baginda, maka tidak berlaku
pertentangan di antara keduadua golongan tersebut sehingga zaman pemerintahan
Sultan Iskandar Thai. Di samping itu, terdapat berbagai-bagai aliran tarekat
seperti Qadariyah, Naqsyabandiyah, Satariyah dan sebagainya. Akibat dari perkembangan
ilmu tasawuf ini telah melahirkan hasil-hasil karya atau kitab-kitab tasawuf
seperti Bayan AI-Tajalli, Syarrah AI-Asyiqin, Asrar Al-Ariffin,dan Jauhar
Al-Haqaiq. Selain itu lahir juga syair-syair tasawuf yang mengkagumkan seperti
Syair Ma'rifat karangan Abdu1 Rauf Singkel, Syair Dagang, Syair Perahu, Syair
Sidang Fikir, dan Syair Burung Pingai karangan Hamzah Fansuri.
Zaman pemerintahan
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan zaman kegemilangan dalam semua
bidang. Baginda dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai sultan Acheh yang
teragung.
Comments