Etika-etika Peperangan Dalam Islam
o
Harus mengajak manusia kepada Islam
sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu
menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam
iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.
o
Islam hanya membenarkan umatnya
berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang
Badar.
o
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam
tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha
seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.
o
Tentera Islam dilarang merosakkan harta
benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini
membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.
o
Islam menetapkan etika peperangan tidak
boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang
sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah
Islam.
o
Islam melarang sebarang perbuatan yang
boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat
atau musuh yang terbunuh.
o
Sebarang perjanjian damai yang dimeterai
wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam
perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun
Rasulullah mempunyai misi tersendiri.
o
Etika terakhir ialah tawanan perang akan
dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh
Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu
tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang
tertentu.
o
Cara pengagihan harta rampasan perang.
Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan
secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal,
harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk
pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.
Comments