Thursday, December 15, 2011

PENTADBIRAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEMASA PELAKSANAAN SISTEM RESIDEN 1874-1875


PENGENALAN

  1. Pada 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong
  2. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya.
  3. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut.
  4. Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu.

TUGAS RESIDEN
  1.  Menasihati Sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu.
  2. Mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan.
  3. Membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan.
  4. Merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar.
  5. Membaiki alat-alat perhubungan.

PERINGKAT NEGERI
  1. ž Pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri.
  2. ž Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu.
  3. Pada amnya, semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen.
  4. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang.
  5. Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas.
PERINGKAT DAERAH
  1. Pentadbiran daerah di bawah jagaan seorang Pegawai Daerah British.
  2. Di peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai “Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau bertugas untuk memungut hasil dan menjadi majistret di peringkat daerah.
  3. Pegawai Daerah juga bertanggungjawab menjaga perbendaharaan daerah dan memungut cukai.
  4. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi Kerja Ketua Jabatan tersebut.
PERINGKAT MUKIM
  1. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu.
  2. Anak raja dilantik menjadi Penghulu kerana
a. Mempunyai pengaruh yang kuatb. Melibatkan mereka dalam pentadbiran Britishc. Mereka lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelatad. Mereka mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas.
Tugas mereka ialah:
a. Memungut hasil tanah
b. Mentadbir undang-undang tempatan
c. Menjaga keamanan dan keselamatan
d. Mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata
e. Menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelata
f. Menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan
g. Menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.

PERINGKAT KAMPUNG
  1. Pentadbiran kampung diketuai oleh Ketua Kampung.
  2. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung.
  3. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negeri masing-masing.
  4. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang.

PERINGKAT BANDAR
  1. ž Pada awal tahun 1890-an, sebuah lembaga kesihatan telah ditubuhkan untuk mentadbir Bandar Kuala Lumpur.
  2. Tugasnya adalah untuk:

a. Mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja
b. Meluluskan pelan bangunan
c. Menjaga kebersihan bandar
Ahli-ahlinya terdiri daripada:
a. Jurutera di Jabatan Kerja Raya
b. Ketua Polis Daerah
c. Individu yang dilantik oleh Residen

KESIMPULAN
 Sistem residen telah menyebabkan sistem politik dan kuasa sultan serta pembesar telah berubah. Oleh itu penasihat residen telah ambil alih tugas sultan dan para pembesar. Justeru,timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar disebabkan tindakan British terhadap institusi pemerintahan. Maka disebabkan hal ini terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu 1896. 

2 comments:

Anonymous said...

good information thnaks

Mimie Armiza said...

Sangat lengkap dan padat :)