Thursday, December 15, 2011

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM


                Perkataan civilization berasal daripada perkataan Rom, civitas bermaksud bandar,iaitu elemen penting dalam perkembangan tamadun manusia. Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk. Aktiviti utama penduduk bandar ialah perdagangan. Bandar juga sebagai tempat perlindungan rakyat dan pusat pentadbiran dan ibu kota diraja. Proses perbandaran pula ialah proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan kemasan ruang.
Di Rom masyarakat yang hidup dibandar dianggap sebagai alat utama tamadun,pembinaan dan perkembagan Bandar lebih bersifat praktikal.Pembangunan Bandar-bandar  dirancang supaya memberi keselesaan kepada penduduk.Proses pembinaan mengikut garis-garis yang jelas seperti menggunakan alat pengukur dan juru ukur untuk menentukan sudut yang betul.
Salah satu ciri penting bandar di Rom ialah bangunan-bangunan dibina daripada bahan-bahan tidak mudah terbakar.Perkembangan Bandar di empayer Rom boleh dikatakan bergantung kepada Majlis Pembandaran yang menjadi badan pentadbiran Bandar tersebut.Pentadbiran Majlis Pembandaran adalah bebas daripada campurtangan kerajaan pusat.Kebebasan sedemikian rupa menjadi peransang kepada perkembangan Bandar di empayar Rom sehingga menjadi penyaing kepada Rom sendiri.
Proses perbandaran Rom berkembang dengan bantuan kelas menengah atas yang memiliki kekayaan dan berbelanja dengan bebas bagi menambah kecantikan dan imej Bandar mereka. Rom terkenal dengan rumah berhala, teater, sarkas, forum, kawasan pemandian dan istana. Tetapi di banda-bandar  provinsi,bangunan-bangunan yang agung tidak banyak kelihatan.
 Kemudahan jalan lebar, lurus dan berturap. Terdapat lebih kurang 20 batang jalan besar menyambungkan seluruh empayar dengan Rom untuk semua aktiviti kehidupan. Jalan-jalan dibina dengan menggunakan satu peralatan “groma” untuk membuat satu garis lurus.Apabila garisan selesai dibuat,kayu dihentam kedalam tanah dan akan dipenuhi dengan tanah,ini adalah untuk membuat jalan yang lebih tinggi daripada tanah yang sedia ada.Kemudian batu diletakkan diatas jalan tersebut diikuti dengan lapisan batu kecil diatas lapisan batu tersebut.
Longkang juga dibuat bagi mengelakkan takungan air di atas jalan raya. Jalan-jalan di Rom kebiasaannya adalah lurus.jambatan-jambatan juga dibina untuk menyambungkan sesuatu jalan.Di Itali sahaja terdapat lebih daripada dua ribu jambatan dibina,sepuluh daripadanya di Rom sendiri.Malahan dua daripada jambatan tersebut diguna sehingga hari ini.

 Kemudahan sistem bekalan air juga menjadi satu ciri penting kerajaan Rom. Bandar-bandar ini dilengkapi dengan saluran najis yang baik. Contohnya saluran najis terbesar di Rom disambungkan ke Sungai Tiber. Bekalan air datang dari saluran bawah tanah. Terdapat 2 “aqueducts”sebagai punca bekalan air. Sistem bekalan air di Rom yang paling maju di dunia. Dalam bandar berkenaan  terdapat patung dan monument. Rumah-rumah persendirian di bina dengan segala kemudahan, selesa dan senang. Pancuran air yang didirikan di tengah tengah Bandar membantu menyejukkan diri di hari yang panas. Rumah-rumah yang mewah pula dilengkapi dengan alat pemanas pusat.
Bandar-bandar dalam Empayar Rom juga mempunyai dewan awam yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pejabat, mahkamah, perpustakaan dll.Semua bandar menyediakan tempat mandi, panggung dan amphitheatre sebagai gelanggang pertandingan ‘gladiator’. Contoh bandar terkenal ialah bandar Pompei. Penduduk bandar ini berjumlah 201 000 orang. House of Sallust merupakan bentuk rumah yang dibina daripada batu kapur. Terdapat tempat mandi atau “Public Bath” di Pompei.
Jelas disini, perkembangan bandar merupakan satu elemen penting perkembangan sesuatu tamadun. Bandar Rom telah menjadi pengukur kepada perkembangan bandar dalam tamadun awal yang indah hingga ke hari ini.

2 comments:

Muslihah Razali said...

awak. alangkah baik hatinya awak seandainya awak membenarkan kami copy and paste entry awak ini, untuk kegunaan tesis kami.

lagi orang suka nak datang blog awak.

it's hard for us to collect the information from here. we have to type it back, and it's hurt.

semoga awak peroleh banyak pahala dengan membantu orang lain. SubhanaAllah.

Anonymous said...

bagus isi dn huraian karangan ni nak guna untuk paper3 tapi takleh copy macam apa je .