TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AR RASYIDIN
Pengenalan Tamadun
Islam
- Istilah: Umran,
Hadharah, Madaniyyah, Tamaddun, Civilization, kebudayaan, peradaban,
kemajuan
- Umran: kawasan, tanah didiami, tinggal
menetap, berkembang subur dan maju
- Ibnu Khaldun: Masyarakat
bertamadun masyarakat yang penduduknya mecapai tahap melebihi keperluan
asas kehidupan sehingga mencapao pemikiran dan daya cipta yang tinggi,
halus dan ada nilai seni
- Prof Said Naqib
al Attas: Keadaan kehidupan manusia yang bermasyarakat yang mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur....
- Tujuan
mempelajari
Kenal pasti peranan / sumbangan sesuatu bangsa
membangunkan negara
Dedah kemajuan manusia dalam pentadbiran,
perubatan dan kesannya
Mencontohi dan mempertingkatkan kegemilangan
tamadun bangsa
Pentadbiran
- Menunaikan
tanggungjawab dengan memberi khidmat terbaik
- Berlandaskan al
Quran dan as Sunnah
- Meneruskan
sistem pemerintahan seperti Rasulullah
- Pelantikan
khalifah melalui syura
Struktur Organisasi Pentadbiran
- Pentadbiran pusat
Madinah sebagai pusat pemerintahan
Semua jabatan ditadbir pegawai yang dilantik
khalifah
Majlis syura sebagai pusat merancang dan mentadbir
negara
- Pentadbiran
wilayah
Zaman Umar, kerajaan Islam bertambah luas
Gabenor diberi tanggungjawab ketuai aktiviti
keagamaan dan kemasyarakatan
Banyak membahagikan negeri kepada beberapa
bahagian
Kehakiman
Setiausaha
Baitul Mal
Persuratan
Cukai
Juruaudit Negara
Ketenteraan
Pengurusan Tanah
Tahap Kemajuan Negara
- Bidang tugas
Asingkan tugas kehakiman dengan tugas eksekutif
Asingkan tugas memungut cukai daripada tugas
eksekutif untuk mengelakkan penyelewengan
- Perlantikan
pegawai
Temuduga → Lantikan dalam percubaan → Pengesahan
jawatan → Penetapan gaji → Penyerahan dokumen perjanjian → Pelantikan →
Pengisytiharan pelantikan di masjid
- Penubuhan dewan
Diwan al Kharaj (Pungut hasil dalam negeri dengan
tersusun)
Diwan al Jund (Menguruskan pentadbiran rekod dan
urusan elaun tentera)
Kesan Kemajuan Pentadbiran kepada Dunia Islam Kini
- Pelantikan ketua
negara Berasaskan syura
- Penubuhan
kementerian Menjadi asas
pembentukan jawatan
·
Pemilihan pegawai Berasaskan
temuduga, pelantikan dalam percubaan dan pengesahan jawatan
Ekonomi
Konsep Ekonomi Islam
- Berlandaskan al
Quran dan as Sunnah. Menguruskannya fardu kifayah
- Wajib keluarkan
zakat, tidak boros dan tidak kedekut
- Berasaskan dua
prinsip, akidah (untuk keredaan Allah) dan syariah (mengikut ketetapan
Allah)
Kegiatan Ekonomi
- Penggunaan tanah
pertanian
Tanah individu terbiar hendaklah diusahakan
Tentera Islam tidak dibenarkan memiliki tanah di
negeri yang baru dibuka
- Cukai
Cukai daripada pedagang luar yang melalui terusan
yang menghubungkan Iskandariah dan Laut Merah
Cukai tanah pertanian menambahkan pendapatan
Baitul Mal
Cara Pengurusan Ekonomi
- Pengawasan rapi
khalifah terhadap pendapatan dan perbelanjaan negara
- Wang hasil cukai
dikumpul di Dewan al Kharaj
- Hasil pendapatan
digunakan untuk pembangunan
Sumber Ekonomi
- Pertanian
- Perdagangan
- Zakat
- Al Fai’u (harta
ditinggalkan orang kafir sebelum perang)
- Al Jizyah (cukai
dikenakan kepada orang zimmi)
- Al Kharaj (cukai
kepada orang kafir yang memiliki tanah)
- Al Asyur (cukai
kepada pedagang luar negeri)
Kesan Pencapaian Ekonomi
Pertanian
- Pengeluaran
bahan makanan bertambah
- Kawasan
pertanian bertambah luas
- Rakyat hidup
makmur
- Kadar kemiskinan
berkurangan
- Pendapatan
negara meningkat
Zakat
- Sumber
pendapatan dan kewangan bertambah
- Peruntukan untuk
bantu rakyat miskin dan dhaif bertambah
- Digunakan
membina rumah kebajikan, rumah ibadat dan kepentingan umum
- Elaun kepada
pegawai kerajaan bertambah
Cukai
- Pendapatan diwan
al Kharaj bertambah
- Digunakan untuk
kepentingan umum
- Ekonomi negara
semakin stabil
Politik
Konsep Politik
- Salah satu aspek
kehidupan. Manusia tidak dapat memenuhi keperluan kecuali dengan kerjasama
- Penting untuk
mewujudkan pemerintahan untuk melaksanakan syariat
Peranan Pemimpin untuk Mewujudkan Kestabilan Negara
- Jujur laksanakan
tanggungjawab diamanahkan untuk mendapat keredaan Allah
- Setiap tugas
dilaksanakan mesti sampai ke sasarannya dan memberi kesan baik
Cara Pelantikan Pemimpin
- Sistem syura
(zaman Khulafa’ ar Rasyidin)
- Sistem al Imamah
(al Warasah). Bakal pemimpin telah ditetapkan sebelumnya
Kesan Kemajuan Politik
- Kemajuan dan
perubahan
- Kestabilan
politik dan mengekalkan keamanan
- Mendapat
sokongan rakyat
- Rakyat hidup dalam
keamanan dan pembangunan
Sistem Demokrasi
|
Sistem Syura
|
Dicipta pemikir barat berteraskan falsafah
mereka
|
Dicipta pemikir Islam berteraskan al Quran dan
as Sunnah
|
Berteraskan kedaulatan rakyat
|
Berijtihad dalam sesuatu masalah yang tiada
ketetapan dalam syara’
|
Berdasarkan suara majoriti
|
Berdasarkan prinsip syara
|
Majoriti rakyat sebagai asas pemerintahan
|
Pendapat ahli syura sebagai asas pemerintahan
|
Sosial
Konsep Sosial dalam Islam
- Hubungan sesama
manusia dalam masyarakat untuk kepentingan bersama
- Sehinggakan
hubungan mereka sangat kukuh dan sanggup bekorban apa sahaja
Persamaan Taraf
- Peruntukan wang
dari Baitul Mal untuk membeli hamba daripada pembesar Quraisy
- Umar pernah
membahagikan rampasan perang kepada bekas hamba untuk menghormati mereka
- Umar pernah
melantik seorang wanita sebagai pegawai penguatkuasa di pasar
- Tidak ketepikan
ahlu zimmah memegang jawatan dalam kerajaan yang tidak melibatkan polisi
negara
Pendidikan
- Menuntut ilmu
dan pelajari asas agama merupakan kewajipan
- Masjid sebagai
tempat menyampaikan dakwah, pentadbiran dan pendidikan
- Kuttab
diperkenalkan untuk kanak-kanak belajar membaca, menulis, menghafaz dan
mengira
Memelihara Agama
- Saidina Abu
Bakar memeintahkan agar mengumpul dan menyimpan al Quran
- Saidina Usman
mengarahkan al Quran menulis dan membukukan al Quran
- Salinan al Quran
dihantar satu ke setiap bandar
Keadilan Sosial
- Orang bukan
Islam dijamin harta, jiwa dan kebebasan agama
- Orang Islam
dilarang menjadikan tempat ibadat bukan Islam sebagai kediaman
- Orang bukan
Islam tidak dipaksa menukar agama mereka
Kebajikan
- Saidina Umar
memperuntukkan sebidang tanah untuk keperluan fakir miskin dikenali Ardhu
al Hima (padang ragut) sebagai kawasan ternakan
- Pengawal
ditugaskan menghalang penternak kaya menggunakannya
- Memerintahkan pengurus
Baitul Mal memberi bantuan peruntukan kepada seorang Yahudi buta dan
membatalkan jizyahnya
Peranan Kepimpinan Memajukan Bidang Sosial
- Mengambil berat
masalah rakyat
- Memantau
keperluan rakyat dari semasa ke semasa
- Tegas dalam
kepimpinan
Faktor Kejayaan Kepimpinan dalam Bidang Sosial
- Semangat
pengorbanan (bekorban harta)
- Kesederhanaan
(semua perkara dalam kehidupan)
- Keadilan (tidak
mengira kaum dan agama)
- Kecekapan
(berilmu, luas pengalaman dan tegas memimpin)
- Keprihatinan
(terhadap kebajikan rakyat)
Kemajuan Sosial dan Kesannya kepada Masyarakat
- Masyarakat aman
dan harmoni
- Kesamaan
kedudukan berasaskan ukhuwah Islamiah
- Masyarakat bukan
Islam menikmati kebebasan beragama dan jawatan tertentu dalam kerajaan
Perluasan Kuasa
Kekuatan Pengaruh
- Peribadi
- Dakwah
- Peperangan
- Perjanjian
- Ukhuwah Islamiah
- Penyerapan
budaya asing
Perluasan Wilayah
- Faktor kejayaan
- Kesan perluasan wilayah
Comments
Abuamiralhadi
tengkiuuuuuu
Syukran jazilan