Terangkan Konsep Sara Diri, Komersil Dan Kapitalisme. Huraikan Sistem Perdagangan Daripada Sistem Barter Kepada Sistem Kapitalisme Yang Berlaku Di Eropah


A.    PENGENALAN:

1.     Sistem ekonomi manusia pada peringkat awal adalah melalui sistem barter iaitu amalan sistem pertukaran barang dengan yang lain. Perubahan sistem ekonomi manusia pada peringkat awal berlaku apabila manusia mula mencipta sistem mata wang yang akhirmya menggantikan sistem tukar barang.

2.     Sistem ekonomi manusia seterusnya mengalami perubahan yang amat ketara dari sistem barter bertukar kepada sistem mata wang. Seterusnya kepada sistem ekonomi komersil dan mewujudkan sistem kapitalisme.

B.    ISI – ISI PENTING.

a.     Konsep Sara Diri, Komersil dan kapitalisme.
Sara Diri:
·         Sara diri menyediakan keperluan asas untuk kehidupan seperti makanan, minuman dan tempat tinggal melalui penerokaan terhadap sumebr alam sekeliling melalui pemburuan dan  pemungutan.

·         Petani yang menjalankan kegiatan pertanian pertanian berasaskan konsep sara diri adalah untuk keperluan keluarga dan kegunaan seharian. Mereka menghasilkan pelbagai jenis tanaman makanan seperti padi, ubi keladi, sayur – sayuraan dan buah – buahan.

·         Kegiatan ekonomi sara diri juga meliputi kegiatan pengutipan dan pengumpulan hasil – hasil hutan seperti damar, rotan dan buah – buahan.

Komersil:
·         Komersil ialah aktiviti jual beli urusniagan sesuatu barangan dan perkhidmatan.

·         Sistem ekonomi komersil merupakan satu sistem yang menjalankan kegiatan penjualan dan pembelian barangan dan perkhidmatan  secara besar – besaran.

·         Dalam sistem ekonomi komersil ini, pedagang akan mendapat keuntungan yang banyak.

Kapitalisme:

·         Kapitalisme ialah aktiviti ekonomi dagangan bebas yang mengeluarkan modal yang besar dan mengutamakan keuntungan serta pengeluaran berskala besar.

·         Kapitalisme adalah sistem ekonomi yang dikuasai oleh golongan yang mempunyai modal yang besar dan terlibat dalam aktiviti perdagangan dan kegiatan perniagaan.

·         Di Eropah telah lahir golongan pedagang dan pemodal yang kaya raya yang dikenali sebagai golongan Borjuis.

·         Golongan Borjuis ini menguasa kegiatan ekonomi dan politik apabila golongan feudal gagal menandingi mereka dalam bidang ekonomi.

·         Selain menguasai kegiatan industri, mereka juga menguasai sistem pengangkutan untuk mengangkut hasil – hasil pertanian ke bandar – bandar pelabuhan dan pusat – pusat perdagangan di Eropah.


·         Golongan Borjuis inilah dikenali sebagai golongan kapitalis dan sistem ekonomi yang mereka amalkan dinamakan sebagai kapitalisme.

C.    PERKEMBANGAN SISTEM PERDAGANGAN DARI SISTEM BARTER KEPADA SISTEM KAPITALISME

1.     Perkembangan dari sistem sara diri kepada sistem pertukaran barang dengan barangan , ianya bermula sejak zaman Neolitik lagi berdasarkan kepada tinggalan arkeologi. Daripada sistem barter ( pertukaran barang ) kepada kelahiran mata wang kemungkinan bermula di zaman Mesolitik dan Graeco – Roman dan seterusnya, iaitu lebih kurang 5,000 tahun dahulu.

2.     Perkembangan lain yang membawa kepada kapitalisme ialah apabila terdapat kelebihan bahan makanan dan wujudnya kegiatan pembuatan barangan untuk perkembangan komersil atau satu – satu kawasan berjaya menghasilkan sumber bumi atau barangan yang diperlukan dalam perdagangan antarabangsa, contohnya negara – negara di Asia tenggara memiliki hasil bumi yang diperlukan para petani mengusahakan tanah – tanah mereka dengan menjalankan aktiviti pertanian.

3.     Pada zaman pertengahan awal di Eropah, sistem ekonomi perdagangan masyarakat Eropah banyak dihalang oleh sistem Feudalisme yang dipengaruhi oleh Lord iatu tuan – tuan tanah. Tuan – tuan Tanah ini telah memaksa para petani mengusahakan tanah – tanah mereka dengan menjalankan aktiviti pertanian.

4.     Masyarakat Eropah ini menjalankan aktiviti pertukaran barangan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. Sistem tukar barang atau dikenali dengan sistem barter ini pada akhirnya berubaaah setelah penggunaan matawang diperkenalkan dan penggunaannya meluas  hingga keseluruh Eropah.

5.     Perubahan sistem barter ini kepada sistem Komersil yang menggunakan matawang telah meningkatkan lagi kegiatan perdagangan antara Eropah barat dengan kerajaan – kerajaan di sekitar Laut Mediterranean terutamanya selepas berlakunya Perang Salib antara umat Islam dengan Umat Kristian.

6.     Pemulihan ekonomi di Eropah seperti berlakunya pertambahan penduduk, pembukaan tanah – tanah pertanian yang luas menghasilkan keluaran pertanian, dan kemunculan golongan pedagang telah merubaah sistem ekonomi masyarakat Eropah kepada sistem kapitalis.

7.     Kesan daripada perubahan sistenm ekonomi komersil dam kapitalisme ini telah banyak mewujudkan beberapa bandar pelabuhan seperti Venice merupakan pusat perdagangan penting di Eropah Selatan, selain kemunculan bandar pelabuhan Milan, Florence dan Siena. Akibatnya wujud pelabuhan pembekal, pelabuhan primer dan akhirnya muncul enterpoert dan membawa kepada ekonomi berbentuk kapitalisme.

8.     Kemunculan beberapa rangkaian jalan perdagangan penting seperti jalan perdagangan Flemish ( Flenders ), Jerman ( Hanseatic ) Venis dan Genua serta laluan Sutera.

9.     Kewujudan sistem ekonomi kapitalisme juga dibantu dengan aktiviti institusi bank, insurans dan matawang pada zaman Greaco – Roman yang menerima galakan daripada Maharaja Agustus. Perkembangan ekonomi kapitalisme yang pesat dengan pengenalan institusi bank dan matawang ini telaah melenyapkan secara langsung sistem barter yang dijalankan sebelum ini. Pada zaman pertengahan, di Eropah bermulanya aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

10.  Perkembangan dalam sistem pertanian telah meningkatkan pengeluaran barang – banrang makanan seperti roti, mentega, keju, daging dan buah – buahan. Perubahan revolusi pertanian ini telah menggalakkan kegiatan industri. Perindustrian yang terlibat secara langsung mengeluarkan pelbagai jenis barang siap yang boleh di eksport ke luar negara.

11.  Abad ke -  18, kapitalisme melonjak, setelah wujud pada abad ke – 16 lagi.

D.    PENUTUP:
Apa – apa yang berkaitan dengan huraian.  

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .