Thursday, December 15, 2011

SISTEM PEMBESAR DI MYANMAR DAN THAILAND


PENDAHULUAN:
# Dr segi pemerintahan,seseorang raja tidak berupaya mengendalikan segala urusan secara sendiri.
# Baginda memerlukan sekumpulan pembesar utk membantu baginda supaya pemerintahan lancar.
# Pengagihan kuasa tidak bermakna kuasa raja terjejas
# Raja masih memegang kuasa mutlak kerana pergerakkan mereka diawasi pegawai2 dr istana.


 ISI-ISI
Struktur Sistem Pembesar Di Myanmar
@ Pembesar ialah pegawai kerajaan yg dilantik oleh raja utk memegang jawatan tertentu.Pembesar   terbahagi kpd beberapa kelas atau pangkat dan mempunyai gelaran.
@ Di Myanmar,golongan pembesar dibahagikan mengikut pangkat atau kedudukan.
@ Lapisan teratas terdiri drpd 4 org iaitu raja muda,Wungyi,Wundauk,Atinwun,dan pembesar lain.-
@ Wungyi mempunyai taraf yg tertinggi dan dikatakan menjalankan kuasa raja.Wungyi terdiri drpd 4 org menteri kanan termasuk Hluttaw.-
@ Wungyi dibantu oleh wandauk atau menteri kelas kedua yg biasanya terdiri drpd 4 org.
@ Walaupun antinwun lebih rendah darjatnya dr wundauk tetapi kdg2 dia lebih berkuasa kerana bertugas di istana dan mempunyai hubungan rapat dgn raja.(bilangan antinwun sebanyak 4-8 org)-
@ Disamping itu,terdapat juga sistem pembesar daerah yg berpusat di pusat2 daerah tertentu.
@ Myowun bertanggungjawab terhadap sistem pentadbiran daerah.Bertindak melaksana tugas awam.-
@ Myowun juga mempunyai tugas sbg tentera dan menjadi pengiring raja semasa utusan asing datang sbg pemungut cukai dan pengawas jelapang.
@ Sitke pula bertugas mengawal polis2,unit2 tentera dan yg berkaitan hal ehwal agama.
@ Pembesar seterusnya ialah myothugyi.Jawatan ini diwarisi oleh ketutrunan mereka.-
@ Myothugyi menjadi penghubung antara rakyat dgn raja dan membantu kekal keamanan.
@ Tuan2 tanah yg dikenali sbg myosa turut berada dlm hierarki pentadbiran Myanmar.
@ Pembesar yg memegang jwtn yg rendah dlm sistem pentadbiran daerah ialah ketua kampong atau ywa thugyi yg bertanggungjwab memungut cukai dan menjalankan pentadbiran undang2
@ Sistem pemerintahan Myanmar lebih bersifat terbuka dan banyak bergantung kepada raja yang memerintah pada ketika itu.

STURKTUR SISTEM PEMBESAR DI THAILAND
$ Para pembesar Thailand merupakan anggota diraja yg digelar chao.Mereka bertindak sbg menteri2 kanan kpd raja.Mereka mengetuai jabatan2 (krom) tertentu.
$ Jabatan yang paling berprestij ialah Krom Mhattai (hal ehwal pentadbiran awam),Krom Kalahon(pertahanan) dan Krom Khlang (keewangan dan hubungan luar.Ketua krom pertahan merupakan ketua menteri.Mentadbir bhgn selatan Thailand
$ Ketua krom bhgn pentadbiran awam turut mengawal wilayah2 utara Thailand manakala ketua krom hubungan luar mengawal persisiran pantai dan teluk Thailand.
$ Selain itu menteri2 juga bertanggungjwab mengutip cukai,menjaga keamanan dan mendaftar rakyat.
$ Di bawah ketua krom hal ehwal pentadbiran awam dan ketua krom jabatan pertahanan,terdapat pembesar yg berjawatan lebih rendah.
$ Jabatan tersebut terbahagi kpd 4 krom iaitu jabatan ibu kota,istana,dan persekitaran.
$ Pembesar Thailand turut dibahagikan kpd pembesar peringkat pusat dan daerah.Selain melicinkan pentadbiran,sistem ini berperanan menguasai tenaga manusia bg mengukuhkan Negara.
$ Pembesar2 peringkat wilayah dilantik terus oleh raja dan biasanya terdiri drpd golongan khunnang(bangsawan).
$ Terdapat 4 wilayah yg diperintah oleh raja.Wilayah pertama meliputi kwsn strategi keselamatan.kedua dan ketiga meliputi kwsn yg agak besar tetapi tidak termasuk di bawah penyeliaan ibu kota.Wilayah keempat ialah bandar2 kecil sekitar ibu kota.
$ Birokrasi barat yg diperkenalkan oleh raja mongkut dan chulalongkorn telah melantik 80 org penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai2 tempatan.
$ Raja chulalongkorn tlh memperkenalkan majlis penasihat rendah,majlis mensyuarat tertinggi,dan kabinet menteri.Juruaudit dr Britain tlh dilantik utk berkhidmat dlm perbendaharaan Negara.

KESIMPULAN
= Apabila british menguasai Myanmar,sistem pentadbiran barat diperkenalkan.Sistem pentadbiran barat yang diperkenalkan itu lebih mementingkan undang undang dan ine berbeza daripada sistem tradisional Myanmar yang lebih bersifat terbuka dan bergantung kepada raja semata-mata.

= Thailand telah mengambil langkah untuk menyelamatkan diri dari dijajah oleh kuasa barat dengan memberikan peluang kepada golongan barat untuk diserap masuk ke dalam pemerintah Thailand semasa Negara Negara asia yang lain sedang dijajah.Hal ini kerana Thailand ingin memastikan negaranya tidak dijajah dan mampu untuk memantapkan pemerintahan Negara mereka.

0 comments: