Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus
a. Terbahagi dua
golongan:
i. Bawahan
I. Terdiri
daripada petani, buruh, dan hamba.
II. Petani menjalankan
aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.
III. Golongan buruh menjalankan kerja
perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan
membina terusan.
ii. Atasan
I. Terdiri
daripada pendeta dan pedagang.
II. Pendeta mempunyai
pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya
yang melibatkan aspek keagamaan.
III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat
dapatkan taat setia golongan bawahan.
Pendahuluan :
- Organisasi
sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada
lapisan-lapisan sosial berbeza dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup,
pekerjaan dan sebagainya. Organisasi sosial merupakan satu ciri
utama masyarakat bertamadun dan dapat dikesan dalam semua tamadun
sejak Zaman Neolitik lagi.
Isi :
Organisasi sosial masyarakat India :
- Dibahagikan
kepada dua golongan iaitu golongan atasan terdiri daripada pendeta dan
pedagang dan golongan bawahan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
- Kajian
menunjukkan tiada pemerintahan beraja di Lembah Indus.
- Golongan
pendeta mempunyai pengaruh besar dalam bidang keagamaan dan pentadbiran.
Antara tugas mereka ialah mentadbir dan menguruskan tanah-tanah pertanian,
mengawasi pengagihan hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang,
mengubal dan melaksanakan peraturan dan undang-undang, mengawal pembinaan
jalan dan system infrastrukturf, menjalankan upacara keagamaan dan
mengawasi pembinaan.
- Para
pedagang mendapat keuntungan yang besar kerana mereka tidak bayar cukai,
Pedagang memiliki mohor yang mempunyai lambang keagamaan.
- Di
lembah Indus, golongan bawahan terdiri daripada petani, buruh,
tukang-tukang dan hamba.
- Buruh
paksa menjalankan kerja menghantar bijirin, membina tembok dan menenun
kain, golongan artisan mahir dalam membuat patung binatang.
Tidak banyak catatan tentang organisasi sosial
tamadun awal di Lembah Indus, India. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir,
tamadun India juga mempunyai 3 kelas masyarakat. Kelas Atasan terdiri daripada
golongan pendeta, pendeta raja (golongan bangsawan) dan pemilik tanah yang
menikmati kehidupan mewah. Kelas pertengahan terdiri daripada golongan
artisann, pedagang, petani ( yang mengusahakan tanaman barli, padi, gandum dan
kapas) dan penternak binatang (menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan
khinzir). Kelas terendah sekali terdiri daripada hamba abdi.
Organisasi Sosial di Lembah Indus (5 markah)
1. Golongan Pendeta
- Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan
beraja, maka tugas-tugas pemerintahan
dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan
kepada golongan paderi/pendeta
yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai
hubungan yang paling rapat
dengan tuhan ataupun dewa.
- Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya,
golongan pendeta bertanggungjawab
menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang
–undang yang pada amnya
lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab
suci mereka.
- Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar
dalam bidang ekonomi,kerana
institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian
yang luas akan dikerjakan oleh
golongan petani ataupun hamba.
- Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan
hasil-hasil pertanian yang
dikumpulkan dalam jelapang.
- Dari segi sosial pula,tanggungjawab kebajikan
yang dipikul oleh golongan ini ialah
menyediakan kemudahan infrastruktur seperti
pembianan jalan raya.
2. Golongan Pedagang
- Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam
kategori kelas atasan dalam
masyarakat di Lembah Indus. Golongan ini
sebagaimana golongan pendeta hidup
dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja
yang terdiri daripada golongan
buruh yang merdeka atau hamba.
- Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang
mewah kerana urusan perdagangan yang
dijalankan oleh mereka adalah bebas, iaitu tiada
campur tangan golongan pendeta serta
dikecualikan daripada membayar cukai.
- Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor
yang mempunyai lambang bercorak
keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki
serta dipercayai menjadi azimat
yang ada kuasa sakti
3 Golongan bawahan
- Sebagaimana yang dinyatakan diawal tadi,
golongan bawahan masyarakat di Lembah
Indus terdiri daripada golongan petani, buruh dan
hamba.
- Golongan petani biasanya tinggal di rumah-rumah
kecil ataupun yang disediakan oleh
golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya
mempunyai 2 buah bilik.
- Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh
golongan petani akan diawasi oleh para
pendeta.
- Sementara golongan buruh pula biasanya akan
menjalani tugas-tugas seperti
menghantar bijirin, membina tembok,dan menenun
kain.
- Manakala kerja-kerja yang lebih keras seperti
mengumpul,menyimpan bijirin yang
dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba
4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas
kedatangan orang-orang Aryan
- Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem
sosial masyarakat di sini kini
dipengaruhi olh sistem kasta.Sistem ini
menklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan
mereka.
- Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat
dikenali sebagai Brahman yang
berurusan dalm soal keagamaan serta spiritual dan
mempunyai pengaruh yang besar
dalam bidang politik dan pemerintahan
- Golongan kedua pula, Khastriya yang
bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas
ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada
Brahman dan menghadapi
musuh tatkala diancam
- Seterusnya pula golongan Vaisya yang
biasanya dirujuk kepada golongan yang
mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang
- Manakala kasta yang paling rendah di antara 4
kelas ialah Sudra iaitu biasanya merujuk
kepada golongan petani
- Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan
pergaulan antara kelas
atasan dan bawahan adalah amat terbatas
organisasi sosial masyarakat Lembah Indus
- Terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan
atasan dan golongan bawahan
- Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan
pedagang
- Pendeta mempunyai kuasa/pengaruh yang besar
dalam mengawal aktiviti masyarakat
terutama perkara yang melibatkan keagamaan
- Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
- Golongan bawahan terdiri daripada petani dan
buruh
- Petani menjalankan aktiviti pertanian dan
menyalurkan sebahagiannya hasil kepada pihak
berkuasa
- Golongan buruh menjalankan kegiatan peburuhan
seperti menjaga kebersihan
bandar/membina tembok di benteng/membina
terusan
Definisi Organisasi Sosial
- Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota
masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai
perbezaan dari segi kuasa kekayaan ,gaya hidup,
pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi
sosial merujuk kepada penyusunan kelompok
masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa,
harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.
- Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat
dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara
hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam
kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam
masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang
menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil
ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera
untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas
yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang
bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara.
- Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial
dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat
diamalkan seterusnya pasti membawa kepada
kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.
Comments
tq again