TEKNIK MENJAWAB KERTAS SEJARAH 1 STPM


RANGKA JAWAPAN
1.       Bincangkan kepentingan revolusi pertanian pada zaman Neolitik.
A.      Pengenalan:
-          Pra Sejarah
-          Zaman Neolitik
-          Revolusi
-          Pengukuhan
B.      Isi
-          Wujud pengkhususan kerja
-          Wujudnya organisasi social
-          Aktiviti perdagangan
-          Wujud petempatan kekal
-          Kepercayaan
-          Penghasilan teknologi
-          Sistem pengairan
C.      Kesimpulan


2.       Dengan memberi  contoh-contoh yang sesuai ,huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.
A.      Pengenalan
-          Pengertian Tamadun
-          Latar belakang tamadun awal
-          pengukuhan
B.      Isi
-          Petempatan kekal
-          Kepentingan alam
-          Kemajuan teknologi
-          Penciptaan roda
-          Sistem tulisan
-          Organisasi social
-          Pengkhususan kerja
-          Perbandaran
-          Agama dan kepercayaan
-          Migrasi
-          Geografi
-          Kemajuan ekonomi
C.      Kesimpulan



3.Huraikan pencapaian teknologi dalam peradaban Neolitik dengan member contoh-contoh yang sesuai.

A.      Pengenalan
-          Maksud teknologi
-          Pra sejarah
-          Latar belakang masyarakat Neolitik
-          Pengukuhan
B.      Isi
-          Teknik melebur logamdan gangsa
-          Penciptaan bajak dan cangkul
-          Penciptaan roda
-          Menghasilkan tembikar
-          Membuat pakaian dari benang
-          Menghasilkan barang-barang perhiasan/kraftangan
-          Penguasaan ke atas  iklim
-          Sistem pengairan
-          Penciptaan perahu dan penggunaan layar
C.      Kesimpulan

4.Jelaskan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan tamadun awal
A.   Pengenalan                                                                                                                                                             -             Konsep strategi peperangan
  -            prinsip –prinsip perancangan strategi
-              Latar belakang tamadun awal
-              Pengukuhan
B.  Isi
-              Pengepongan
-              Pertahanan
-              Perisikan
-              Penyerangan
-              Pembinaan Bandar tentera
-              Sempadan alam semulajadi
-              Menjalin perikatan tentera
-              Memusnahkan sumber
C. Kesimpulan
  
5. Jelaskan kesan penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah pada abad ke 15 dan ke 16Masihi.
A. Pengenalan
-              Konsep penjelajahan dan penerokaan
-              Latar belakang tamadun Eropah
-              Tokoh pelayar Eropah
-              Pengukuhan
B. Isi
                -              Memperluaskan tanah jajahan
                -              Perpndahan pusat perdagangan
                -              Asimilasi antara penjajah dengan penduduk tempatan
                -              Perkembangan agama kristian ke luar Eropah
                -              Pengaliran kekayaan ke Eropah
                _             Kelahiran ekonomi kapitalis

c.       Kesimpulan
  
6.            Bincangkan kesan peperangan Salib terhadap dunia Islam dan Barat
A.      Pengenalan
-          Latar belakang perang Salib (bila,di mana,antara siapa dengan siapa,kenapa dinamakan perang Salib,nama tokoh-tokoh terlibat ,dll)
-          Pengukuhan
B.      Isi
-          Dunia Islam
-Penjajahan Eropah ke atas sebahagian dunia Islam
-Asimilasi dengan masyarakat tempatan
- Mempergiatkan lagi kgiatan perdagangan khusus di Syria
-Perpaduan dan penyatuan umat Islam
-lahirnya tokoh Islam
-Perpindahan pusat pemerintahan dari Baghdad ke kahirah
-Peningkatan maruah umat Islam selepas Salahudin mengambi Juruselam.
-          Dunia Barat
-Menyumbang kepada perkembangan Bandar-bandar di Eropah
-Raja diEropah menjadi kuat akibat kemerosotan kedudukan golongan bansawan
-Perkembangan industeri diEropah meningkat ekoran wujud hubungan dengan penduduk Asia Barat.
-Pertambahan aktiviti P&P
-Perubahan teknologi peperangan di Eropah.
-perkembangan intelektual
-pemangkin kepada kelahiran Renaisane.

C.      Kesimpulan
CONTOH JAWAPAN

Alam sekitar mempunyai banyak peranan dan pengaruh dalam pembentukan cara kehidupan masyarakat pra sejarah. Bincangkan.

Pra sejarah menurut Frank Hole dan Robert h.Haizer adalah sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan. Zaman ini tidak ada rekod bertulis dan bukti-bukti kewujudannya diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dijalankan oleh ahli arkeologi. Zaman pra sejarah ini terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman paleolitik ,500,00SM hingga !10 000 SM, Zaman Mesolitik 10 00SM0 hingga 500
0SM dan zaman Neolitik 5000SM sehinggalah kemunculan zaman logam dan tamadun awal.Masyarakat pra sejarah adalah masyarakat yang simple atau hidup cara mudah dan banyak bergantung kepada unsur alam sekitar bagi memenuhi keperluan hidup mereka.

Alam sekitar banyak mempengaruhi pembentukan cara kehidupan masyarakat pra sejarah.Antaranya ialah petempatan dimana pada zaman paleolitik dan mesolitik gua dijadikan tempat tinggal. Gua adalah tempat yang agak selamat dari hujan ,panas serta ancaman binatang buas.

Peralatan yang digunakan oleh masyarakat pra sejarah juga adalah diperbuat dari hasil-hasil alam sekitar.Masyarakat paleolitik mengunakan batu dan tulang untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti harian mereka samaada untuk memburu binatang serta mempertahankan diri. Contohnya kapak tangan yang kasar di zaman paleolitik.Dizaman neolitik rumah-rumah yang dibina menggunakan kayu-kayan dari hutan.               

 Bagitu juga dengan sumber makanan yang diperolehi mereka di dalam hutan seperti buah-buahan serta pucuk-pucuk kayu,umbut serta tumbuhan liar. Mereka memburu binatang untuk makanan. Sungai dan tasik membekalkan sumber protin seperti ikan kepada masyarakat pra sejarah.

Unsur alam seperti matahari ,bulan,banjir,kilat dan petir juga mempengaruhi kehidupan masyarakat pra sejarah. Kilat ,petir dan rebut  akan menimbulkan rasa ketakutan dan mereka mempercayai unsure-unsur ini mempunyai penjaga yang perlu dihormati.Kesannya timbulah unsur –unsur pemujaan dan kepercayaan dalam masyarakat pra sejarah,Keadaan ini melahirkan upacara ritual samada untuk memulakan perburuan,menanam atau kematian.

Kesimpulan, dari apa yang dibincangkan tadi menunjukan bagaiamana wujudnya hubungan yang sangat rapat antara alam sekitar dengan masyarakat pra sejarah. Aktiviti mereka semuanya bergantung kepada apa yang ada disekeliling mereka. Selama ribuan tahun masyarakat pra sejarah telah memanipulasikan sumber alam sekitar bagi kemudahan dan kesenangan hidup mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .