Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor


PENGENALAN
ž Menjelang tahun 1870-an, dasar Inggeris terhadap Negeri-Negeri Melayu mula berubah. Kemajuan politik dan perubahan politik di Britain telah mendorong perubahan sikap Inggeris terhadap Negeri-Negeri Melayu daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. September 1873, Lord Kimberley iaitu Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengambil keputusan untuk mengubah dasar campur tangan Inggeris terhadap Negeri-Negeri Melayu.
ž Dasar campurtangan Inggeris telah bermula di Perak pada tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor, diikuti oleh Selangor , Sg Ujung dan Pahang. Dengan ini bermulalah perluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu sekaligus mengubah corak tradisi masyarakat tempatan dari segi politik, ekonomi dan sosial.
  
CAMPURTANGAN BRITISH DI PERAK
      Sir Andrew Clarke yang menjadi gabenor NNS baru telah memulakan dasar campurtangan British secara rasmi di negeri Perak dengan termeterainya perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
      Menggunakan budi bicara sendiri, Andrew Clarck telah             bertindak melampaui batas tugas yang diarahkan kerana terus mencampuri pentadbiran di Perak tanpa merujuk kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London terlebih dahulu.
      Denan menggunakan alasan untuk menamatkan keadaan anarki yang disebabkan oleh perebutan takhta pemerintahan dan pergaduhan antara konsi gelap Ghee Hin dan Hai San, menyebabkan British campurtangan dalam hal ehwal negeri Perak untuk melindungi kepentingan perdagangan mereka.

PEREBUTAN TAKHTA KERAJAAN
1.    Pertelingkahan merebut takhta kerajaan negeri Perak telah lama berlaku disebabakan kegagalan mematuhi sistem penggiliran. Mengikut sistem ini, tiga keluarga diraja akan berkongsi kuasa untuk menaiki takhta kerajaan. Seorang putera raja mestilah memegang tiga jawatan sebelum berhak menjadi sultan.
2.    Sistem penggiliran tidak dapat berjalan dengan lancar dan menimbulkan banyak kesulitan kerana sering berlaku campurtangan pembesar yang berpengaruh dalam soal pelantikan sultan yang baru.
3.    Perebutan takhta Perak mula tercetus pada tahun 1857 setelah kemangkatan Sultan Muhammad Shah. Raja Jaafar dilantik menjadi sultan, sementara Raja Ali telah dilantik menjadi Raja Muda, dan Raja Yusuf yang sepatutnya dilantik menjadi Raja Bendahara diketepikan. Ini kerana Sultan Jaafar tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Jaafar sebagai  Raja Bendahara. Jawatan Raja Bendahara telah diberikan kepada Raja Ismail. Raja Ismail tidak berhak menaiki takhta kerana ayahnya berasal dari Siak. Putera Sultan Jaafar, Raja Abdullah dilantik sebagai Raja Dihilir. Raja Yusuf  telah diketepikan, malah digugurkan terus dari sistem ini.
4.    Apabila Sultan Jaafar mangkat pada tahun 1865, Raja Ali telah dilantik menjadi sultan. Raja Abdullah yang sepatutnya menjadi Raja Bendahara dilantik menjadi Raja Muda. Raja Ismail tidak dilantik sebagai Raja Muda kerana dianggap tidak layak dan kekal menjadi Raja Bendahara. Ekoran itu, Raja Ismail tidak berpuas hati.
5.    Masalah perebutan takhta Perak menyebabkan pembesar-pembesar Perak berpecah-belah kerana menyokong putera raja yang bertelagah. Dato’ Sagor menyokong Raja Abdullah. Bagi mengukuhkan kedudukannya, Raja Abdullah menjalinkan hubungan dengan kongsi gelap Ghee Hin. Manakala Ngah Ibrahim iaitu anak Long Jaafar dan Panglima Kinta pula menyokong Raja Ismail.
 
PERTELINGKAHAN ANTARA KONGSI GELAP CINA
ž Pada tahun 1848, Long Jaafar (pembesar Larut) telah menemui longgokan bijih timah di Larut dan memulakan aktiviti melombong secara besar-besaran.
ž Long Jaafar telah membawa masuk buruh-buruh cina ke Larut untuk mengusahakan lombong bijih timah. Pada tahun 1857, Long Jaafar meninggal dunia. Anaknya Ngah Ibrahim telah mewarisi segala kekayaan termasuk penduduk penduduk cina yang ramai di Larut.
ž Semenjak awal kegiatan melombong bijih timah, Long Jaafar telah melantik Law Ah Sam yang berketurunan Hakka untuk mengendalikan lombongnya di Klian Pauh. Ah Sam merupakan ahli kumpulan kongsi gelap Hai San yang berpusat di Pulau Pinang. Satu lagi kumpulan orang Cina dari suku Kantonis mengendalikan kawasan lombong bijih timah di Klian Bahru (Kamunting), yang diketuai oleh So Ah Chiang yang menganggotai kongsi gelap Ghee Hin.
ž Kedua-dua kumpulan kongsi gelap, iaitu Ghee Hin dan Hai San sentiasa bersaing untuk mendapatkan kawasan bijih timah.
ž Pertelingkahan dan pertempuran kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San berlarutan selama 13 tahun (1861-1874) melalui 3 siri peperangan Larut:
ž (a) Perang Larut I (1861-1862) – puak Ghee Hin berebut-rebut untuk   menguasai punca air bagi mengairi kawasan lombong mereka. Puak Hai San telah menyekat bekalan air ke lombong puak Ghee Hin.
ž (b) Perang Larut II (1865-1867) – disebabkan perkelahian mengenai perjudian.                                                                                                                (c) Perang Larut III (1871-1874) – berpunca daripada skandal percintaan ketua puak Hai San dan seorang isteri seorang pemimpin Ghee Hin. Kedua-dua telah diseksa dan dihukum bunuh.
ž Pertempuran antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San semankin memburukkan keadaan apabila mereka menyokong putera-putera sultan dalam soal hak perwarisan takhta. Puak Ghee Hin memihak kepada Raja Abdullah dan puak Hai San pula menyokong Raja Ismail.
ž Kekacauan di Larut menyebabakan kegiatan melombong bijih timah terjejas dan membimbangkan pedagang-pedagang Eropah dan saudagar-saudagar  Cina dari NNS yang telah melabur modal di Perak. 
ž Pedagang-pedagang Eropah dan Cina di NNS telah menulis surat mendesak kerajaan British campurtangan. British menghantar W.A Pickering seorang pegawai British yang fasih dalam 4 loghat bahasa cina untuk memujuk pemimpin-pemimpin cina bagi menyelesaikan perbalahan. Frank Sweettenham pula diarahkan memujuk pembesar-pembesar melayu supaya menghadiri rundingan tersebut.
ž Januari 1874, Andrew Clarke wakil kerajaan British telah mengadakan rundingan diatas kapal H.M.S Pluto di perairan Pulau Pangkor. Persidangan Pangkor berlansung antara 4 pihak iaitu Andrew Clarke (wakil British), Raja Abdullah, pembesar-pembesar melayu  Perak, dan ketua kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Hasilnya mereka bersetuju menamatkan pertelingkahan melalui perjanjian bertulis. 20 Januari 1874, termeterai Perjanjian Pangkor. 

CAMPURTANGAN BRITISH DI SELANGOR
ž British telah campurtangan di Selangor pada tahun 1875 disebabkan oleh masalah huru-hara di dalam negara ekoran perebutan kuasa pembesar-pembesar kerana berebut kawasan lombong bijih timah, pergaduhan kongsi gelap, dan masalah perlanunan.
ž Perebutan kuasa yang berlaku antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah telah mencetuskan Perang Kelang (perang saudara) yang meletus selama 6 tahun (1867-1873).
Sultan Muhammad Shah telah menyerahkan daerah Klang kepada putera sulungnya, Raja Sulaiman tetapi Raja Sulaiman tidak berusaha memajukannya. Apabila Sultan Sulaiman mangkat pada 1850, Sultan Muhammad telah menyerahkan kuasa kepada memerintah Klang kepada Raja Abdullah (menantu). Raja Abdullah telah memajukan kawasan lombong bilih timah di Klang. Buruh-buruh cina dibawa masuk untuk mengusahakan bijih timah di Klang.
ž Tindakan Sultan Muhammad menimbulkan bantahan dan rasa tidak puas hati Putera Raja Sulaiman, Raja Mahadi. Raja Mahadi berpendapat baginda lebih berhak mewarisi daerah Klang.Raja Mahdi telah menuntut haknya ke atas Klang tetapi ditolak oleh Sultan Ahmad Samad.
ž Tahun 1867, Raja Mahadi telah menyerang Klang dan berjaya menguasainya. Raja Abdullah terpaksa berundur ke Melaka dan bersetuju menerima $ 1500 sebulan. Raja Abdullah mangkat di Melaka. Raja Ismail putera Raja Abdullah telah meneruskan peperangan dengan bantuan Tengku Kudin (menantu Sultan Ahmad Samad) untuk mendapatkan semula Klang.
ž Akhir tahun 1869, Yap Ah Loi dan Fue Chew (Hai San) menyokong Tengku  Kudin dan Sultan Ismail. Mereka mendapat bantuan kewangan daripada saudagar-saudagar cina di Melaka untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Melaka. Tengku Kudin juga meminjam wang daripada tokoh-tokoh kewangan  Singapura seperti Red Tan Kim Cheng dan James Guthrie Dvidson.  
ž Raja Mahadi pula disokong oleh Maharaja Abu Bakar dan kongsi gelap Ghee Hin. Pada tahap awal peperangan, kedua-dua belah pihak adalah sama kuat, tetepi perikatan Tengku Kudin dan Raja Ismail berjaya mengatasi Raja Mahadi dengan cara menyekat kemasukan barang-barang makanan dan perdagangan bijih timah ke Klang.
ž Tahun 1873, Tengku Kudin berjaya menguasai Klang. Raja Mahadi berundur dan bertahan di Kuala Selangor. Pengusiran Raja Mahadi dan penawaran semula Kuala Lumpur menamatkan perang saudara yang berlangsung selama 7 tahun. Perang saudara yang berlarutan sekian lama ini telah melumpuhkan dan menghentikan kegiatan ekonomi dan perdagangan di Selangor. 

PERGADUHAN ANTARA KONGSI GELAP
ž Perang Kelang bertambah rumit dengan adanya pertelingkahan antara 2 kumpulan pelombong cina di Selangor iaitu puak Kah Yeng Chew (Ghee Hin) yang berpusat di Kanching dan puak Fei Chew (Hai San) yang berpusat di Kuala Lumpur-Ampang.
ž Pergaduhan tercetus apabila Ah Sze iaitu wakil Yap Ah Loi di Kanching telah dibunuh oleh Kah Yeng Chew yang diketuai Chong Chong dan berjaya mengusirnya keluar dari Kanching.
ž Kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San terlibat dalam Perang Klang. Chong Chong dari puak Ghee Hin berpihak kepada Raja Mahadi manakala Yap Ah Loi dan puak Hai San memihak kepada Tengku Kudin.
ž Tahun 1872, Raja Mahadi dengan bantuan Chong Chong berjaya menawan Kuala Lumpur. November 1873, Tengku Kudin, Yap Ah Loi, dan orang bendahara Wan Ahmad (Pahang) telah menyerang Kuala Lumpur dan berjaya menawannya kembali. Sebagai membalas jasa Tengku Kudin telah melantik Yap Ah loi menjadi kapitan cina di Kuala Lumpur.    

MASALAH PELANUNAN
ž Kumpulan lanun-lanun telah menyerang kapal-kapal dagang yang melalui Sungai Jugra. 8 November 1873, sebuah kapal dagang milik rakyat Britain telah diserang oleh lanun di Langat menyebabkan 8 orang anak kapal terbunuh. British telah menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut. Kerajaan British memaksa Sultan Ahmad Samad membicarakan lanun-lanun yang yang ditangkap. Semuanya didapati bersalah dan dihukum mati.
ž Januari 1874, lanun-lanun telah menyerang rumah api di Tanjung Richado (Tanjung Tuan). Walaupun serangan ini gagal, Andrew Clarke telah meminta Sultan Ahmad Samad menghukum mereka yang terlibat.
ž Peristiwa ini memberi peluang Andrew Clarke untuk campurtangan di Selangor. Frank Sweetterham telah tinggal di istana Sultan Ahmad Samad sebagai agen tidak rasmi British.
ž 1874, British meminta Sultan Ahmad Samad menerima seorang residen British. Mulanya, Sultan Ahmad Samad enggan menerimanya, tetapi setelah dipujuk Frank Sweetterham, baginda bersetuju menerima residen British di Selangor.
ž Disember 1874, J.G Davidson telah dilantik sebagai residen British yang pertama dan Franf Sweetterham dilantik menjadi penolong residen di Kuala Langat.

KESIMPULAN
ž Pada peringkat awal, pihak British ternyata agak keberatan untuk terlibat secara langsung dalam hal ehwal tempatan kerana terdapat beberapa halangan tertentu yang tidak memungkinkan mereka berbuat demikian. Walaupun begitu, dalam beberapa keadaaan, pihak British terpaksa juga campurtangan secara tidak rasmi di Negeri-Negeri Melayu , di samping perubahan dasar kerajaan British di London setelah perkembangan di Eropah telah memaksa pihak British untuk mengkaji semula dasar mereka di Tanah Melayu. Akhirnya pihak British mula campurtangan secara beransur-ansur dalam hal ehwal tempatan di Negeri-Negeri Melayu. 

Comments

Anonymous said…
Terima kasih, post ini sangat membantu. :D
Chin Tsin said…
TQ, membantu tapi x boleh copy...
Anonymous said…
fu<k
Unknown said…
Klau nak copy tkan Ctrl + Alt... Pastu copy kat MS Office Word..
Delete perkara yg anda tidk mahu..
sweetgirlamirah said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
sangat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran..terima kasih
Rose said…
Terima kasih, sgt membantu sy 😀
Anonymous said…
x dk function
Unknown said…
Tq.Info yang padat dn ringkas
Unknown said…
Reply faster pls..This is for my PT3..The question is 'Apakah factor yang menyebabkan pemeteraian Perjanjian Pangkor 1874 ini'..Im tring to find at another web but they always talk about latar belakang perjanjian Pangkor..So I hope author can help me..This is for my life:(
Anonymous said…
BABI X BOLEH COPY , AKU NK BUATB KERJA KURSUS SIAL ADUH, BODO SIAL X LEH COPY ANJENG ANJENG
Unknown said…
kenape,takde isi faktor dalam rajah tersebut
Anonymous said…
campur tangan british di negeri negeri selat
Anonymous said…
Terbaik. Terima kasih.
Unknown said…
alhamdulillah sangat membantu
Anonymous said…
kenapa tak ada faktor xd

Popular posts from this blog

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM