Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan penentangan orang Melayu meletus di Pahang dan Perak


Pendahuluan
©      Pertapakan dan perluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu tidak disenangi oleh masyarakat Melayu terutamanya di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak.
©      Perasaan tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran British dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah mewujudkan penentangan daripada masyarakat tempatan.
©      Terdapat beberapa faktor yang menimbulkan penentangan daripada masyarakat di Pahang dan Perak.

Isi – isi penting
©      Pada bulan Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai residen British yang pertama di Pahang.
©      Beliau dibantu oleh Hugh Clifford sebagai penolong residen. Apabila J.P Rodger dilantik sebagai residen Pahang pada waktu itu, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan pelbagai pembaharuan di Pahang.
©      Peraturan baharu yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Pahang pada masa itu.
©      Ini telah menyebabkan mereka bangkit menentang terhadap pengenalan sistem residen yang dipimpin oleh Datuk Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau.

©      Melalui sistem residen, pihak British telah menguasai ekonomi Pahang terutamanya perlombongan.
©      Residen sepatutnya berusaha dan mengambil langkah-langkah melindungi kepentingan orang-orang tempatan, terutamanya pembesar Melayu akibat adanya pembangunan ekonomi.
©      Tetapi perkara ini tidak mendapat perhatian malah telah mengancam kepentingan orang-orang tempatan.

©      Dengan pengenalan sistem residen ini juga telah menyebabkan sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan.
©      Penubuhan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri oleh J.P Rodger telah menyebabkan sultan kehilangan banyak kuasa.
©      Sultan hanya mempunyai kuasa pada “nama” sahaja dalam Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat oleh residen British.
©      Contohnya, keputusan tentang bayaran ganti rugi kepada pembesar-pembesar kerana kehilangan hak memungut cukai juga dibuat oleh residen.

©      J.P Rodger telah memperkenalkan beberapa perubahan di Pahang melalui undang-undang yang diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889.
©      Undang-undang itu adalah berkait dengan tanah, sistem kerah dan penghapusan sistem perhambaan. Undang-undang ini bercanggah dengan sistem tradisional Pahang yang melarang pembesar-pembesar mengutip cukai, menyimpan hamba abdi, mengamalkan sistem kerah, dan menghakimkan kes-kes jenayah dan sivil dalam kawasan masing-masing.

©      Rakyat juga melahirkan perasaan tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang bersifat sombong dan bongkak serta tidak menghormati adat istiadat orang Melayu.
©      Contohnya, rakyat tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional mereka.

©      Pembesar-pembesar telah kehilangan hak mereka sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan.
©      Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan jawatan yang dinikmati secara turun-temurun.
©      Daerah-daerah diwujudkan dan diletakkan di bawah pegawai-pegawai Inggeris yang dipanggil pemungut cukai dan majistret.

©      Pelbagai jenis cukai diperkenalkan dan dinaikkan oleh British.
©      Contohnya, cukai tanah seperti tanah kampung, tanah paya, dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seekar.
©      Sistem lesen dan permit yang diperkenalkan oleh J.P Rodger menjejaskan semua aspek kehidupan rakyat.
©      Mengikut sistem lesen dan permit, rakyat terpaksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan dan mencari atap nipah untuk mendirikan rumah yang dahulunya dipungut secara percuma.

©      Pengenalan sistem residen telah mengubah sistem politik tradisional Perak kepada sistem politik moden.
©      Pada dasarnya, sistem politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya telah berubah.
©      Sistem residen telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat Perak sehingga menyebabkan pembunuhan J.W.W.Birch pada 2 November 1875.
©      Sistem residen telah menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan mendadak sehingga menjejaskan sultan dan pembesar-pembesar Melayu.
©      Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat Melayu Perak menentang sistem residen.

©      Antara faktornya ialah kelemahan syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874.
©      Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20

©      Januari 1874 telah menetapkan bahawa seorang residen akan ditempatkan di Perak untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
©      Dalam Perjanjian Pangkor, tidak dinyatakan panduan dan peraturan untuk dijadikan pegangan oleh residen dalam melaksanakan tugasnya.
©      Hal ini menyebabkan residen memerintah mengikut budi bicaranya sendiri.

©      Tambahan lagi, Perjanjian Pangkor gagal menamatkan perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Yusuf.
©      Raja Ismail enggan menyerahkan alat-alat kebesaran diraja semasa pertabalan sultan Abdullah.
©      Baginda terpaksa mengeluarkan banyak wang, masa, dan tenaga untuk mengekalkan kedudukannya sebagai sultan Perak.
©      Selain daripada itu, sultan Abdullah terpaksa menghadapi penentangan dadipada musuh-musuhnya, iaitu pembesar-pembesar Perak yang tidak suka kepadanya.

©      Selain itu, kelemahan pemerintahan sultan Abdullah turut mendorong penentangan masyarakat Perak.
©      Sultan Abdullah yang dilantik oleh kerajaan British melalui Perjanjian Pangkor tidak mentadbir negeri Perak dengan baik.
©      Baginda banyak berhutang sehingga terpaksa menjual daerah Krian untuk membayar hutang-hutangnya.
©      Bagi menambahkan sumber pendapatan, baginda telah memajakkanhak memungut cukai di Kuala Sungai Perak kepada seorang saudagar Cina dari Singapura sebanyak $26 000 selama 10 tahun.



©      Sultan Abdullah juga tidak mengawal pembesar-pembesar Perak dengan baik. Selain itu, baginda juga mempunyai banyak musuh.
©      Ada antara pembesar-pembesar tidak berpuas hati dengan perlantikan baginda sebagai sultan Perak.
©      Di samping itu, masih terdapat juga pembesar-pembesar yang masih memungut cukai dengan kadar nilai yang tinggi di daerah masing-masing.

©      Kelemahan peribadi J.W.W. Birch juga merupakan faktor penentangan masyarakat Perak terhadap sistem residen.
©      J.W.W. Birch yang dihantar ke Perak sebagai residen British tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dan adat istiadat orang Melayu.
©      Beliau pernah berkhidmat di Sri Lanka tetapi pengalaman itu tidak boleh tidak boleh digunakan di Tanah Melayu kerana masyarakat jauh berbeza.
©      Tambahan pula, Birch tidak fasih berbahasa Melayu dan ini menyukarkan beliau berkomunikasi dengan masyarakat tempatan.
©      Akibatnya, semua tindak tanduknya didapati menghina adat dan tradisi orang Melayu.

©      Birch juga merupakan seorang residen yang sombong dan bongkak.
©      Beliau menganggap dirinya bijak dalam soal pentadbiran. Birch menganggap sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu Perak ketinggalan zaman.
©      Oleh sebab itu, setibanya di Perak, beliau menganggap negeri Perak amat mundur dan perlu dimajukan segera untuk kepentingan British.
©      Beliau berasa perlu diadakan perubahan segera untuk mencapai kemajuan.
©      Disebabkan keghairahannya untuk memajukan Perak, beliau langsung tidak  mempedulikan perasaan dan hak orang Melayu terutamanya sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Melayu.


©      J.W.W. Birch telah mengadakan pembaharuan secara mendadak dan terburu-buru di Perak tanpa berunding dengan sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Melayu terlebih dahulu.
©      Birch tidak menyedari pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan menyetuh adat istiadat orang Melayu.
©      Dalam sistem pungutan cukai Birch mahu semua cukai yang ada diubah dan diletakkan di bawah kawalannya.
©      Seorang pegawai British akan dilantik untuk memungut cukai.
©      Namun, tujuan utama Britich adalah untuk mengambil alih hak memungut cukai daripada sultan dan pembesar-pembesar Melayu.
©      Selain daripada itu, J.W.W. Birch mahu menghapuskan amalan perhambaan dalam masyarakat Melayu.
©      Beliau telah memberi perlindungan kepada hamba-hamba terutamanya hamba-hamba perempuan.
©      Percubaan Birch untuk menghapuskan sistem perhambaan dianggap cuba menghapuskan adat istiadat orang Melayu.
©      Oleh itu, pembaharuan yang dilakukan telah menimbulkan penentangan daripada masyarakat Perak.

Kesimpulan
©      Dasar British dilaksanakan dalam negeri Pahang dan Perak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat daerah masing-masing.
©      Malahan, peperangan turut berlaku antara pihak Britich dengan masyarakat tempatan untuk menolak sistem residen yang akan mengancam kedudukan dan kepentingan orang Melayu. 

Comments

Anonymous said…
:) banyak membantu saya dalam menyiapkan assignment ni :) trime kasih :D
Anonymous said…
anda pasti tak akan menyesal

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM