Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus


a.      Terbahagi dua golongan:
                                                  i.      Bawahan
I.       Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba.
II.    Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.
III. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan membina terusan.
                                                ii.      Atasan
I.       Terdiri daripada pendeta dan pedagang.
II.    Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan.
III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan taat setia golongan bawahan.

Pendahuluan :
  • Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada lapisan-lapisan sosial berbeza dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. Organisasi sosial merupakan satu ciri utama  masyarakat bertamadun dan dapat dikesan dalam semua tamadun sejak Zaman Neolitik lagi.
Isi  :
Organisasi sosial masyarakat India :
  • Dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang dan golongan bawahan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
  • Kajian menunjukkan tiada pemerintahan beraja di Lembah Indus.
  • Golongan pendeta mempunyai pengaruh besar dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. Antara tugas mereka ialah mentadbir dan menguruskan tanah-tanah pertanian, mengawasi pengagihan hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang, mengubal dan melaksanakan peraturan dan undang-undang, mengawal pembinaan jalan dan system infrastrukturf, menjalankan upacara keagamaan dan mengawasi pembinaan.
  • Para pedagang mendapat keuntungan yang besar  kerana mereka tidak bayar cukai, Pedagang memiliki mohor yang mempunyai lambang keagamaan.
  • Di lembah Indus, golongan bawahan terdiri daripada petani, buruh, tukang-tukang dan hamba.
  • Buruh paksa menjalankan kerja menghantar bijirin, membina tembok dan menenun kain, golongan artisan mahir dalam membuat patung binatang.

Tidak banyak catatan tentang organisasi sosial tamadun awal di Lembah Indus, India. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun India juga mempunyai 3 kelas masyarakat. Kelas Atasan terdiri daripada golongan pendeta, pendeta raja (golongan bangsawan) dan pemilik tanah yang menikmati kehidupan mewah. Kelas pertengahan terdiri daripada golongan artisann, pedagang, petani ( yang mengusahakan tanaman barli, padi, gandum dan kapas) dan penternak binatang (menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan khinzir). Kelas terendah sekali terdiri daripada hamba abdi.

Organisasi Sosial di Lembah Indus (5 markah)
1. Golongan Pendeta
- Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan
dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan paderi/pendeta
yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat
dengan tuhan ataupun dewa.
- Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab
menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya
lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.
- Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi,kerana
institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh
golongan petani ataupun hamba.
- Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang
dikumpulkan dalam jelapang.
- Dari segi sosial pula,tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah
menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembianan jalan raya.
2. Golongan Pedagang
- Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam
masyarakat di Lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup
dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri daripada golongan
buruh yang merdeka atau hamba.
- Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang
dijalankan oleh mereka adalah bebas, iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta
dikecualikan daripada membayar cukai.
- Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak
keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat
yang ada kuasa sakti
3 Golongan bawahan
- Sebagaimana yang dinyatakan diawal tadi, golongan bawahan masyarakat di Lembah
Indus terdiri daripada golongan petani, buruh dan hamba.
- Golongan petani biasanya tinggal di rumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh
golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
- Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para
pendeta.
- Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti
menghantar bijirin, membina tembok,dan menenun kain.
- Manakala kerja-kerja yang lebih keras seperti mengumpul,menyimpan bijirin yang
dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba
4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan
- Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini
dipengaruhi olh sistem kasta.Sistem ini menklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan
mereka.
- Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang
berurusan dalm soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar
dalam bidang politik dan pemerintahan
- Golongan kedua pula, Khastriya yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas
ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi
musuh tatkala diancam
- Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang
mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang
- Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah Sudra iaitu biasanya merujuk
kepada golongan petani
- Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas
atasan dan bawahan adalah amat terbatas

organisasi sosial masyarakat Lembah Indus
- Terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan golongan bawahan
- Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
- Pendeta mempunyai kuasa/pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat
terutama perkara yang melibatkan keagamaan
- Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
- Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
- Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagiannya hasil kepada pihak
berkuasa
- Golongan buruh menjalankan kegiatan peburuhan seperti menjaga kebersihan
bandar/membina tembok di benteng/membina terusan

Definisi Organisasi Sosial
- Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai
perbezaan dari segi kuasa kekayaan ,gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi
sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa,
harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.
- Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara
hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam
masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil
ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas
yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara.
- Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat
diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.

Comments

Anonymous said…
ok saya komen. tq atas info. cume gamba description atas tu kurang jelas. lagipun letak nama sekolah kan. so better jelas kan sikit :)
tq again
Anonymous said…
penuh dgn maklumat...good job.
Unknown said…
Terima kasih atas perkongsian maklumat ini

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .