Huraikan peranan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dalam meningkatkan perkembangan Islam di Nusantara


 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dilahirkan pada tahun 1590 Masihi. Ayahnya hernama Mansur Shah dan ibunya bernama Puteri Indra Bangsa - puteri Sultan Alauddin Riayat Shah.  Beliau merupakan seorang pemerintah yang berani, aiim, dan bijak memerintah negara. Ketika berusia belasan tahun, beliau telah memimpin gerakan menentang pemerintahan bapa sauda.ranya Sultan Ali Riayat Shah (1604-1607 Masihi). Justeru itu beliau ditangkap dan dipenjarakan. Pada tahun 1606 Masihi beliau telah dibebaskan untuk memimpin tentera Acheh menentang Portugis di pantai Sumatera. Beliau Berjaya menewaskan Portugis. Pada tahun 1607 Masihi, sebaik-baik sahaja Sultan All Riayat Shah mangkat, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah berjaya merampas kuasa. Kemudian beliau telah diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Iskandar Muda Perkasa Alam. Beliau memerintah selama 29 tahun dan meninggal dunia pada tahun 1636 Masihi.

 Membentuk empayar Islam-Acheh :
Perluasan jajahan takluk adalah salah satu dasar pemerintahan baginda. Justeru itu, baginda telah melengkapkan dan memperkukuhkan angkatan bersenjata Acheh agar Acheh dapat menguasai tanah jajahan yang sedia ada di samping dapat pula menakluki daerah-daerah lain. Di Sumatera, kawasan-kawasan yang telah berjaya ditawan semula oleh baginda ialah kawasan pantai timur Sumatera seperti Haru, Deli, Rokan, Kampar, Indragiri, dan Jambi dan kawasan pantai barat puIa seperti Indrapura, Padang, Pariaman, dan Singkel. Di Tanah Melayu, baginda telah berjaya menguasai semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu. Kejayaan penaklukan serta perluasan wilayah itu membolehkan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam membentuk sebuah empayar Islam yang kuat dan besar di Nusantara, sekali gus Islam dapat disebarkan dan dikembangkan di  kawasan-kawasan berkenaan dengan cara yang lebih berkesan.
 Memerangi Portugis di Melaka :
Usaha ini juga merupakan dasar terpenting Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Dasar ini bukan sahaja didorong oleh  faktor politik dan ekonomi, malah ia juga disebabkan oleh faktor agama. Sejak pertapakanPortugis di Melaka pada tahun 1511, Portugis dianggap sebagai 30 pengancam terhadap agama, negara, dan umat Islam. Oleh yang demikian,baginda telah meiancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka pada tahun 1615 Masihi dan tahun 1629 Masihi, tetapi usaha tersebut gagal. Walaupun serangan itu tidak berjaya, namun tindakan itu memberikan natijah yang baik kepada perkembangan Islam. Portugis tidak dapat bertindak dengan sewenang-wenangnya dari segi politik, ekonomi, dan diplomatik. Pengaruh agama Kristian dapat dibendung dari tersebar luas kepada pendudukpenduduk Islam di Nusantara.
Acheh sebagai pusat perdagangan :
Aktiviti perdagangan telah berkembang pesat pada zaman baginda. Lebih-lebih lagi dengan perluasan wilayah ke atas Tanah Melayu dan pesisiran pantai timur Sumatera. Keadaan ini membolehkan Acheh mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka. Baginda juga telah membuka jalan perdagangan di pesisiran pantai barat Sumatera. Oleh itu Acheh berjaya mengawal perdagangan rempah yang merupakan hasil pengeluaran perdagangan yang penting pada waktu itu. Di samping itu, saudagar-saudagar asing juga dilarang dari membeli rempah terus dari kawasan penghasilannya. Implikasinya pelabuhan bandar Acheh menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing bagi mendapatkan rempah. Pedagang-pedagang Islam pula diberi perlindungan dan penghormatan oleh pemerintah Acheh. Pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi, Acheh telah menjadi pusat perdagangan yang terpenting di Nusantara kerana kehadiran pedagangpedagang dari kepulauan Melayu, China, India, Timur Tengah, dan Eropah.
 Mewujudkan pentadbiran negara yang sistematik :
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sangat menyanjung tinggi alim ulama dan baginda sentiasa berdamping rapat dengan  mereka. Para ulama bukan sahaja berperanan sebagai penasihat agama, mala.h mereka juga bertindak sebagai penasihat dalam bidang politik dan pentadbiran. Contohnya, Sheikh Shamsuddin bin Abdullah al-Sumaterani – 1630 Masihi telah dilantik sebagai penasihat baginda. Baginda juga telah menubuhkan Balai Gadang, iaitu sebuah badan penasihat. Ianya terdiri daripada 22 orang ulama yang terkenal di Acheh yang bertugas sebagai penasihat sultan dalam semua  urusan pemerintahan negara.
  Hubungan diplomatik :
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga terus mengukuhkan kedudukan politiknya dengan mengadakan hubungan diplomati dengan kerajaan Islam sepergi Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dsb. Melalui hubungan tersebut Acheh dapat berfungsi dalam usaha dakwah dan aktiviti kenegaraan seperti politik,ekonomi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Pada zaman baginda Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.
 Pusat pengajian dan kebudayaan Islam :
Banyak usaha telah dilakukan oleh baginda dalam bidang pendidikan dan kebudayaan Islam. Baginda telah mewujudkan sistem pendidikan Islam yang sistematik merangkumi peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Pendidikan peringkat rendah dikenali sebagai Munasah. Mata pelajaran yang diajar pada peringkat ini ialah menulis, membaca al-Quran, asas bahasa Arab, dan perkara fardu ain. Peringkat menengah pula dikenali sebagai Rangkang. Pada peringkat ini, mata pelajaran yang diajar ialah ilmu Tauhid, Fikah, tafsir, hadis, bahasa Arab dsb. Peringkat tinggi pula dikenaIi sebagai Jamiah atau Universiti. Kewujudan pusat pengajian yang sistematik itu menyebabkan Acheh menjadi tumpuan kepada para sarjana dan pelajarpelajar Islam di Kepulauan Melayu hingga Acheh digelar Serambi Mekah kerana jemaah haji dari Tanah Melayu dan Indonesia yang pergi atau pulang dari Mekah akan singgah di Acheh bagi mendalami ilmu fardu haji. Terdapat juga pelajar-pelajar di Kepulauan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran di Mekah, mereka akan belajar terlebih dahulu di Acheh.
  Meningkatkan kegiatan intelektual :
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga bersikap bijaksana atau tidak menyekat dalam menghadapi perkembangan dua aliran tasawuf yang wujud pada waktu itu, iaitu Wihdatul-Wujud dipimpin oleh Hamzah Fansuri dan muridnya Sheikh Shamsuddin al-Sumaterani dan Wzhdatul-Syuhud dipimpin oleh Abdul Rauf Singkel. Walaupun kedua-dua aliran tasawuf tersebut bertentangan tetapi kerana kebijaksanaan baginda, maka tidak berlaku pertentangan di antara keduadua golongan tersebut sehingga zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thai. Di samping itu, terdapat berbagai-bagai aliran tarekat seperti Qadariyah, Naqsyabandiyah, Satariyah dan sebagainya. Akibat dari perkembangan ilmu tasawuf ini telah melahirkan hasil-hasil karya atau kitab-kitab tasawuf seperti Bayan AI-Tajalli, Syarrah AI-Asyiqin, Asrar Al-Ariffin,dan Jauhar Al-Haqaiq. Selain itu lahir juga syair-syair tasawuf yang mengkagumkan seperti Syair Ma'rifat karangan Abdu1 Rauf Singkel, Syair Dagang, Syair Perahu, Syair Sidang Fikir, dan Syair Burung Pingai karangan Hamzah Fansuri.
Zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan zaman kegemilangan dalam semua bidang. Baginda dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai sultan Acheh yang teragung.

Comments

Unknown said…
terima kasih krn ini bnyk membantu saya...

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .