TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AR RASYIDIN


Pengenalan Tamadun Islam
  • Istilah: Umran, Hadharah, Madaniyyah, Tamaddun, Civilization, kebudayaan, peradaban, kemajuan
  • Umran: kawasan, tanah didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju
  • Ibnu Khaldun: Masyarakat bertamadun masyarakat yang penduduknya mecapai tahap melebihi keperluan asas kehidupan sehingga mencapao pemikiran dan daya cipta yang tinggi, halus dan ada nilai seni
  • Prof Said Naqib al Attas: Keadaan kehidupan manusia yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur....
  • Tujuan mempelajari
Kenal pasti peranan / sumbangan sesuatu bangsa membangunkan negara
Dedah kemajuan manusia dalam pentadbiran, perubatan dan kesannya
Mencontohi dan mempertingkatkan kegemilangan tamadun bangsa

Pentadbiran

  • Menunaikan tanggungjawab dengan memberi khidmat terbaik
  • Berlandaskan al Quran dan as Sunnah
  • Meneruskan sistem pemerintahan seperti Rasulullah
  • Pelantikan khalifah melalui syura

Struktur Organisasi Pentadbiran
  • Pentadbiran pusat
Madinah sebagai pusat pemerintahan
Semua jabatan ditadbir pegawai yang dilantik khalifah
Majlis syura sebagai pusat merancang dan mentadbir negara
  • Pentadbiran wilayah
Zaman Umar, kerajaan Islam bertambah luas
Gabenor diberi tanggungjawab ketuai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan
Banyak membahagikan negeri kepada beberapa bahagian
Kehakiman
Setiausaha
Baitul Mal
Persuratan
Cukai
Juruaudit Negara
Ketenteraan
Pengurusan Tanah

Tahap Kemajuan Negara
  • Bidang tugas
Asingkan tugas kehakiman dengan tugas eksekutif
Asingkan tugas memungut cukai daripada tugas eksekutif untuk mengelakkan penyelewengan
  • Perlantikan pegawai
Temuduga → Lantikan dalam percubaan → Pengesahan jawatan → Penetapan gaji → Penyerahan dokumen perjanjian → Pelantikan → Pengisytiharan pelantikan di masjid
  • Penubuhan dewan
Diwan al Kharaj (Pungut hasil dalam negeri dengan tersusun)
Diwan al Jund (Menguruskan pentadbiran rekod dan urusan elaun tentera)

Kesan Kemajuan Pentadbiran kepada Dunia Islam Kini
  • Pelantikan ketua negara         Berasaskan syura
  • Penubuhan kementerian         Menjadi asas pembentukan jawatan
·                                                                                                         Pemilihan pegawai    Berasaskan temuduga, pelantikan dalam percubaan dan pengesahan jawatan

Ekonomi

Konsep Ekonomi Islam
  • Berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Menguruskannya fardu kifayah
  • Wajib keluarkan zakat, tidak boros dan tidak kedekut
  • Berasaskan dua prinsip, akidah (untuk keredaan Allah) dan syariah (mengikut ketetapan Allah)

Kegiatan Ekonomi
  • Penggunaan tanah pertanian
Tanah individu terbiar hendaklah diusahakan
Tentera Islam tidak dibenarkan memiliki tanah di negeri yang baru dibuka
  • Cukai
Cukai daripada pedagang luar yang melalui terusan yang menghubungkan Iskandariah dan Laut Merah
Cukai tanah pertanian menambahkan pendapatan Baitul Mal

Cara Pengurusan Ekonomi
  • Pengawasan rapi khalifah terhadap pendapatan dan perbelanjaan negara
  • Wang hasil cukai dikumpul di Dewan al Kharaj
  • Hasil pendapatan digunakan untuk pembangunan

Sumber  Ekonomi
  • Pertanian
  • Perdagangan
  • Zakat
  • Al Fai’u (harta ditinggalkan orang kafir sebelum perang)
  • Al Jizyah (cukai dikenakan kepada orang zimmi)
  • Al Kharaj (cukai kepada orang kafir yang memiliki tanah)
  • Al Asyur (cukai kepada pedagang luar negeri)

Kesan Pencapaian Ekonomi
Pertanian
  • Pengeluaran bahan makanan bertambah
  • Kawasan pertanian bertambah luas
  • Rakyat hidup makmur
  • Kadar kemiskinan berkurangan
  • Pendapatan negara meningkat
Zakat
  • Sumber pendapatan dan kewangan bertambah
  • Peruntukan untuk bantu rakyat miskin dan dhaif bertambah
  • Digunakan membina rumah kebajikan, rumah ibadat dan kepentingan umum
  • Elaun kepada pegawai kerajaan bertambah
Cukai
  • Pendapatan diwan al Kharaj bertambah
  • Digunakan untuk kepentingan umum
  • Ekonomi negara semakin stabil

Politik

Konsep Politik
  • Salah satu aspek kehidupan. Manusia tidak dapat memenuhi keperluan kecuali dengan kerjasama
  • Penting untuk mewujudkan pemerintahan untuk melaksanakan syariat

Peranan Pemimpin untuk Mewujudkan Kestabilan Negara
  • Jujur laksanakan tanggungjawab diamanahkan untuk mendapat keredaan Allah
  • Setiap tugas dilaksanakan mesti sampai ke sasarannya dan memberi kesan baik

Cara Pelantikan Pemimpin
  • Sistem syura (zaman Khulafa’ ar Rasyidin)
  • Sistem al Imamah (al Warasah). Bakal pemimpin telah ditetapkan sebelumnya

Kesan Kemajuan Politik
  • Kemajuan dan perubahan
  • Kestabilan politik dan mengekalkan keamanan
  • Mendapat sokongan rakyat
  • Rakyat hidup dalam keamanan dan pembangunan

Sistem Demokrasi
Sistem Syura
Dicipta pemikir barat berteraskan falsafah mereka
Dicipta pemikir Islam berteraskan al Quran dan as Sunnah
Berteraskan kedaulatan rakyat
Berijtihad dalam sesuatu masalah yang tiada ketetapan dalam syara’
Berdasarkan suara majoriti
Berdasarkan prinsip syara
Majoriti rakyat sebagai asas pemerintahan
Pendapat ahli syura sebagai asas pemerintahan

Sosial

Konsep Sosial dalam Islam
  • Hubungan sesama manusia dalam masyarakat untuk kepentingan bersama
  • Sehinggakan hubungan mereka sangat kukuh dan sanggup bekorban apa sahaja

Persamaan Taraf
  • Peruntukan wang dari Baitul Mal untuk membeli hamba daripada pembesar Quraisy
  • Umar pernah membahagikan rampasan perang kepada bekas hamba untuk menghormati mereka
  • Umar pernah melantik seorang wanita sebagai pegawai penguatkuasa di pasar
  • Tidak ketepikan ahlu zimmah memegang jawatan dalam kerajaan yang tidak melibatkan polisi negara

Pendidikan
  • Menuntut ilmu dan pelajari asas agama merupakan kewajipan
  • Masjid sebagai tempat menyampaikan dakwah, pentadbiran dan pendidikan
  • Kuttab diperkenalkan untuk kanak-kanak belajar membaca, menulis, menghafaz dan mengira

Memelihara Agama
  • Saidina Abu Bakar memeintahkan agar mengumpul dan menyimpan al Quran
  • Saidina Usman mengarahkan al Quran menulis dan membukukan al Quran
  • Salinan al Quran dihantar satu ke setiap bandar

Keadilan Sosial
  • Orang bukan Islam dijamin harta, jiwa dan kebebasan agama
  • Orang Islam dilarang menjadikan tempat ibadat bukan Islam sebagai kediaman
  • Orang bukan Islam tidak dipaksa menukar agama mereka

Kebajikan
  • Saidina Umar memperuntukkan sebidang tanah untuk keperluan fakir miskin dikenali Ardhu al Hima (padang ragut) sebagai kawasan ternakan
  • Pengawal ditugaskan menghalang penternak kaya menggunakannya
  • Memerintahkan pengurus Baitul Mal memberi bantuan peruntukan kepada seorang Yahudi buta dan membatalkan jizyahnya

Peranan Kepimpinan Memajukan Bidang Sosial
  • Mengambil berat masalah rakyat
  • Memantau keperluan rakyat dari semasa ke semasa
  • Tegas dalam kepimpinan

Faktor Kejayaan Kepimpinan dalam Bidang Sosial
  • Semangat pengorbanan (bekorban harta)
  • Kesederhanaan (semua perkara dalam kehidupan)
  • Keadilan (tidak mengira kaum dan agama)
  • Kecekapan (berilmu, luas pengalaman dan tegas memimpin)
  • Keprihatinan (terhadap kebajikan rakyat)

Kemajuan Sosial dan Kesannya kepada Masyarakat
  • Masyarakat aman dan harmoni
  • Kesamaan kedudukan berasaskan ukhuwah Islamiah
  • Masyarakat bukan Islam menikmati kebebasan beragama dan jawatan tertentu dalam kerajaan

Perluasan Kuasa

Kekuatan Pengaruh
  • Peribadi
  • Dakwah
  • Peperangan
  • Perjanjian
  • Ukhuwah Islamiah
  • Penyerapan budaya asing

Perluasan Wilayah
  • Faktor kejayaan
  • Kesan perluasan wilayah

Comments

Anonymous said…
thanks :)
Anonymous said…
thank u for sharing...cuma mungkin anda boleh menambah sedikit huraian di setiap point yg disediakan,,,tqtqtq...
Anonymous said…
Syukran jazilan. cantik kalau dapat ditulis dalam jawi.
Abuamiralhadi
11123//11140 mjscbphj said…
terima kasih kerana berkongsi ilmu
tengkiuuuuuu
Syukran jazilan
Anonymous said…
tahniah..
Anakmalayindo said…
Terima kasih atas perkongsian maklumat.
Unknown said…
syukran 4 caring

Popular posts from this blog

Bincangkan faktor-faktor campurtangan British di Perak dan Selangor

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Pra sejarah Awal dan Pra sejarah Akhir

TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANDARAN TAMADUN ROM